Monday, October 20, 2014

Menjelang Hari Raya 18July2014@ Jalan Tar

Dior with other artis, akma af, farhan af, ieda moin, watie elite, joey, rem,ayu oiam, nesh,bocey
Regards,
Mr.Dior (디오)
Diovulus Trading
Mk Studio Sdn.Bhd
Diovulus Entertainment
The Convolvulus Entertainment
www.facebook.com/dioratic
www.instagram.com/dioratic
www.twitter.com/dioratic
www.youtube.com/thedioratic
shahdior.blogspot.com
+60392223784
Checkout Music Video:
Dior 디요- Baby I Need You (HD OFFICIAL MV)
http://www.youtube.com/watch?v=vASOX59h0uo
Watch Dior's story on Korea YTN TV:
http://www.youtube.com/watch?v=KqiD0VcAoqY
Watch One of Dior's latest performance in Korea:
http://www.youtube.com/watch?v=sbdiVDviBRg&list=UU2tV9xwYQyDNoGDxLTFoLDw

月亮代表我的心(Dangdut)-Dior July12,2014

月亮代表我的心(Dangdut)-Dior July12,2014

Sang #YueLiangDaiBiaoWoDeXin 
#月亮代表我的心 (#Dangdut Version)
Made popular by #TeresaTeng .
Regards,
Mr.Dior (디오)
Diovulus Trading
Mk Studio Sdn.Bhd
Diovulus Entertainment
The Convolvulus Entertainment
www.facebook.com/dioratic
www.instagram.com/dioratic
www.twitter.com/dioratic
www.youtube.com/thedioratic
shahdior.blogspot.com
+60392223784
Checkout Music Video:
Dior 디요- Baby I Need You (HD OFFICIAL MV)
http://www.youtube.com/watch?v=vASOX59h0uo
Watch Dior's story on Korea YTN TV:
http://www.youtube.com/watch?v=KqiD0VcAoqY
Watch One of Dior's latest performance in Korea:
http://www.youtube.com/watch?v=sbdiVDviBRg&list=UU2tV9xwYQyDNoGDxLTFoLDw

무조건 #Mujogeon- Dior 디오 July12,2014

무조건 #Mujogeon- Dior 디오 July12,2014

Sang #무조건 #Mujogeon .
Made popular by #ParkSangCheol
#박상철 .composed by #PArkHyunJin #박현친.



Regards,
Mr.Dior (디오)
Diovulus Trading
Mk Studio Sdn.Bhd
Diovulus Entertainment
The Convolvulus Entertainment
www.facebook.com/dioratic
www.instagram.com/dioratic
www.twitter.com/dioratic
www.youtube.com/thedioratic
shahdior.blogspot.com
+60392223784
Checkout Music Video:
Dior 디요- Baby I Need You (HD OFFICIAL MV)
http://www.youtube.com/watch?v=vASOX59h0uo
Watch Dior's story on Korea YTN TV:
http://www.youtube.com/watch?v=KqiD0VcAoqY
Watch One of Dior's latest performance in Korea:
http://www.youtube.com/watch?v=sbdiVDviBRg&list=UU2tV9xwYQyDNoGDxLTFoLDw

Tuesday, September 30, 2014

#Dior31stBirthday

My only cake for yesterday's #birthday. Im so busy with all preparation.tonight my last night in Yeosu & Korea. I had a post dinner with all #WORLDOKTA's important just now & i just have time for myself to settle down & celebrate lightly with my Very Closed Friend in Korea & Malaysia: #김치오  or my family & friend call him #BudakNgigal.
#ThankYou so much to everyone who wish me on my Birthday.i hope ya'll be blessed & i'd received so much love from all of you. Nomu Nomu KAmsahamnida.

#Dior31stBirthday #DiorBirthdayInKorea #DiorShowInKorea #한국가수 #말레이시아가수 #OKTA #ParisBaguette

Saturday, September 27, 2014

Dior Skype in Korea to family in Malaysia

Bila di perantauan, #skype menjadi teman berbual #BahasaMelayu  bersama Keluarga tercinta & sanak saudara.
Tetiber rindu plak kat diorang.hehe..terutama Ayah & Emak la..yg slalu risau pasal diri ini.
Don't worry Appa! Orang OK kat sini.boleh jaga diri sendiri.

#DiorShowInKorea #Dior #DiorFamily @sharinagarlic

Thursday, September 11, 2014

Dior show in Korea 22-30sept 2014

Can't wait to do show in #Korea again .
23 Sept 2014,6pm: #Geumsan #Insam Trade Dinner, #GeumsanGun.
24 Sept 2014,4pm: Pop's #Concert, GeumsanGun.
30 Sept 2014,6pm: #DinnerShow, #Yeosu .
C u guys there!

#한국가수 #금홍 #금산군 #금산 #말레이시아가수 #가수디오 #가수 #트로트가수 #트로트 #kpop #SouthKorea

Dior on MediaHiburan 30August-1Sept edition

#Dior & other artist @remcassim ,@afzanarahman @keithfoo on  @mediahiburanofficial #Magazine 30august-5sept2014

#DiorMediaAppeal #디오래틱 #디오 #디오가수 #미디어스크랩 #MalaysianCelebrity #BajuMelayu #EidMubarak .

Tuesday, July 15, 2014

Yahanana(Dangdut)-Dior 10July2014,TheRoyalHotel



Yahanana(Dangdut)-Dior 10July2014,TheRoyalHotel
http://www.youtube.com/watch?v=HVSfjV9yuSc

Yours sincerely, DIOR 디요

BURUANMU- Dior 디오 & Ani Maiyuni July10,2014



BURUANMU- Dior 디오 & Ani Maiyuni July10,2014,TheRoyalHotel (1st Live performance)
http://www.youtube.com/watch?v=Yh9m4qsGqsU

Yours sincerely, DIOR 디요

Implan payu dara kerana ketumbuhan- Ifa Raziah (Dior in Pic)

Implan payu dara kerana ketumbuhan- Ifa Raziah

Bila tersebar berita Ifa Raziah membuang ketumbuhan pada payu dara, banyak yang meraguinya. Ada yang mempertikai kerana rawatan dijalankan di sebuah hospital pakar pembedahan plastik di Kuala Lumpur.
Ifa mengakui ada membuat implan, tetapi ia dilakukan selepas membuang ketumbuhan pada payu daranya yang dikesan sejak beberapa lama dulu.
ifa-kos-3“Inilah kali pertama saya membuat implan, saya ni penakut dengan pembedahan sebab itulah baru sekarang saya melakukannya.
“Bukan untuk kecantikan semata-mata tetapi untuk kesihatan saya. Saya tahu ada seorang kenalan saya (wartawan senior)  yang mengalami masalah semacam saya. Bila saya mengadu pasal payu dara saya yang terasa ketulan keras, dia mengesyorkan nama seorang doktor di sebuah hospital.
“Saya ada mendapat khidmat nasihat dengan doktor itu. Saya bimbang ketulan tersebut sejenis kanser, tapi alhamdulillah ia bukan kanser. Saya difahamkan ketulan itu mungkin terjadi kerana penyusuan badan yang tidak sempurna semasa menyusu anak saya dulu.
“Doktor tersebut cakap, rawatan yang boleh dijalankan ialah membuang ketulan tersebut dan ia membuatkan saya tiada payu dara. Hospital itu tak ada rawatan memasukkan implan.
“Sebab itulah saya tak buat rawatan di hospital itu dan mendapat rawatan di sini (hospital pembedahan kosmetik). Saya membuang ketulan itu dan memasukkan implan,”kata Ifa semasa ditemui malam tadi.
Seronok bila kawan melawat
Seronok bila kawan melawat
Ketulan dalam  hidung
Semasa Mangga Online tiba di biliknya, beberapa rakan artis turut melawat, antaranya Fazli Zainal, Roslan Shah, Ieda Moin, Mya Matahari, Ayu, Dior dan beberapa kenalan.
“Pasal hidung pula… saya ada masalah resdung dan ada juga ketulan dalam hidung saya kesan daripada suntikan yang saya buat dulu. Bila doktor membuang ketulan itu, dia turut melakukan pembedahan plastik pada hidung saya. Bukan memancungkan pun, hanya memperbetulkan struktur hidung bila ketulan tersebut dibuang,” kata Ifa.
Ifa harap tak ada yang membuat anggapan yang salah bila dia membuat rawatan di hospital pakar pembedahan kosmetik.







Yours sincerely, DIOR 디요

Jiwa K-Pop Dior by Akmar Samudin in Harian Metro Newspaper

Oleh Nor Akmar Samudin
Barangkali tidak ramai menyedari artis Malaysia yang berjaya mencipta nama di Korea ketika ini, Dior, pernah mencuba nasib menjadi menyanyi dangdut pada 2008 dan 2009.
Dari situ dia berkenalan dengan ramai artis dangdut termasuk Ani Mayuni dan selepas beberapa tahun berlalu, dia dan Ani merakamkan lagu duet berjudul Buruanmu yang akan dijadikan runut bunyi filem Balun. 
Mereka merakamkan lagu itu enam bulan lalu dan turut menghasilkan klip video hasil kreativiti Creative Logic Production. Lagu dan lirik Buruanmu keseluruhannya ciptaan Dior sendiri. 

Anak muda yang juga pemilik nama sebenar Shahril Shaari itu meskipun namanya tidak sebesar artis popular lain, namun menyaksikan persembahannya di pentas, dia memiliki aura tersendiri sebagai penghibur.

Daripada lagu dangdut, pop dan K-Pop, dia juga berkemampuan menyanyikan lagu ketuhanan dengan baik. Ternyata Dior bijak meletakkan dirinya sebagai penghibur serba boleh. Di pentas persembahan dia tidak ‘menjual’ satu lagu tetapi pelbagai genre lagu kerana jemputan yang datang daripada pelbagai usia dan berbeza cita rasa.

Menelusuri perjalanan seni Dior, kala dia sibuk berdangdut di pentas, pada waktu yang sama jiwa mudanya terpaut pada muzik K-Pop yang mula terkenal di Korea pada 2008. 

“Saya mula minat K-Pop pada 2008 dan pada 2010 jiwa saya memberontak ingin mencuba sesuatu yang baru lantas bermula cerita baru dalam kerjaya saya apabila menjadi artis K-Pop Malaysia yang pertama. Pun begitu, waktu itu K-Pop belum popular seperti hari ini. 

“Langkah pertama saya pergi ke syarikat-syarikat Korea yang ada di negara ini. Saya terpaksa menjaja diri sendiri. 

“Berkat kerja keras, mereka mula mempercayai bakat saya dan mengundang untuk membuat per-sembahan pada acara anjuran mereka. 

“Bagaimanapun, saya tidak menyanyikan lagu K-Pop tetapi lagu Korea lama atau dipanggil lagu trot iaitu lagu seperti zaman Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Kebanyakan pemimpin organisasi Korea di negara ini berusia 50 tahun ke atas, jadi mereka sangat sukakan lagu trot,” katanya. 

Selepas itu, dia terus menjadi artis kegemaran syarikat Korea dan setiap kali ada majlis produk baru, dia diundang untuk menghiburkan tetamu. 

“Pada 2011, saya melangkah lebih jauh dengan mencari tapak di Korea dan di sana juga saya menya-nyikan lagu trot kerana artis muda negara itu lebih meng-gilai K-Pop. Untuk bersaing dengan mereka, saya tidak boleh ikut rentak mereka. Alhamdulillah, saya mencipta nama di Korea sebagai penyanyi lagu trot. 

“Namun, ketika membuat persembahan depan peminat di sini, saya akan menyanyikan lagu K-Pop kerana mereka tidak tahu lagu trot ,” katanya. 

Di Korea, kerjaya seninya diuruskan Rockin Korea Entertainment dan dia baru saja merakamkan lagu baru berjudul Baby I Need You yang liriknya dalam bahasa Korea. 

“Lagu itu akan dilancarkan di Korea pada Sep-tember ini. Kini dalam setahun, paling kurang empat kali saya ke Korea memenuhi pelbagai undangan di sana,” katanya. 

Meskipun Dior belum boleh membaca, mengeja dan bercakap bahasa Korea, tetapi dia belajar cara sebutan bahasa itu dengan betul. Jika tidak melihat tuan punya diri dan mendengar suara nyanyiannya saja, pasti ramai menyang-ka dia orang Korea. 

“Saya mengambil masa seminggu menghafal lirik dalam bahasa Korea,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/14
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/JiwaK-PopDior/Article/index_html
Yours sincerely, DIOR 디요

Dior- #月亮可以代表我的心 (#Dangdut Version) 12July2014



Sang #YueLiangDaiBiaoWoDeXin 
#月亮可以代表我的心 (#Dangdut Version)
Made popular by #TeresaTeng .

On my show for #StevenJamie #WeddingCeremony 12July2014.
Location: #PalaceOfGoldenHorses

http://www.youtube.com/watch?v=6SAkqnAHPiY

Yours sincerely, DIOR 디요

Dior- #무조건 #Mujogeon 12July 2014


Sang #무조건 #Mujogeon .
Made popular by #ParkSangCheol
#박상철 .composed by #PArkHyunJin #박현친.

On my show for #StevenJamie #WeddingCeremony 12July2014.
Location: #PalaceOfGoldenHorses

http://www.youtube.com/watch?v=PTEvk6K6Lw4

Yours sincerely, DIOR 디요

Tuesday, July 1, 2014

디오 프로필 Dior Profile in Korea

안녕하세요!
저는 #디오 입니다 . #락킨코리아 홈페이지의 제 #프로필입니다. 좋은 #노래와 발전된 모습으로 찾아뵐테니 많은 관심과 응원 부탁드립니다!

Hi Everyone!
I'm #Dior. Thi's my profile on #RockinKorea homepage.
I will deliver the best of me for my song &performance. please Support & give full attention on me.ok?

Let's vote Dior new song #BURUANMU on #HotFm #KitaPunya

Salam Ramadan.

My new song #BURUANMU feat. @ani_maiyuni  was on-air yesterday night at 11:02 pm 29thJune2014. #Alhamdulillah . Thnx so much @hotfm976 @ikhwanhotfm for the support!!! Thnx @indigitalsdnbhd fr d promo too.

To all friends,fans&anyone, Please go to

http://www.hotfm.com.my/?page_id=1101

(#hotfmKitaPunya)(don't have to log-in) & vote ASAP ya. Ur help much appreciated ♥♡♥♡♥♡♥♥

Dior.
Facebook.com/dioratic
Souncloud.com/dioratic
Instagram.com/dioratic
Twitter.com/dioratic

Monday, June 9, 2014

Tabloid Insta saji berita sensasi by Manggaonline

Tabloid Insta saji berita sensasi

Semalam, bertempat di Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE), sebuah majlis pelancaran tabloid INSTA terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd (UKSB) telah diadakan. Majlis yang bertemakan merah, putih dan hitam itu turut dimeriahkan dengan dihadiri beberapa artis popular seperti Misha Omar, One Nation Emcees, Raja Ema, Maya Karin, Aisyah AF dan ramai lagi.

Apa yang menariknya tentang INSTA adalah, ia merupakan sebuah tabloid pertama seratus peratus berkonsepkan hiburan semasa. Bukan sahaja memuatkan berita-berita terkini mengenai hiburan tempatan, malah turut menyajikan hiburan antarabangsa. Selain daripada itu, fokus utama berita hiburannya adalah temubual eksklusif bersama artis tempatan dan pastinya ia mampu memberikan kepuasan maksimum kepada pembaca yang dahagakan hiburan sensasi.

Screen Shot 2014-06-09 at 7.31.07 AMMisha Omar turut hadir membuat persembahan 

Diterbitkan pada setiap hari Sabtu, INSTA akan dijual pada harga serendah RM2.50 senaskhah dengan 52 muka surat. Dengan adanya kelahiran INSTA, ia pasti dapat memeriahkan lagi industri hiburan tanah air dengan pelbagai maklumat mengenai artis kesayangan anda. Selain daripada itu, terdapat juga ruangan pembaca untuk sama-sama berkongsi idea mengenai dunia hiburan.

Screen Shot 2014-06-09 at 7.36.45 AMPersembahan One Nation Emcees memeriahkan lagi majlis dengan tarian mereka

Majlis pelancaran tabloid INSTA telah dirasmikan oleh Pe­ngarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Noordin Abbas. Turut hadir Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak,  Ketua Pengarang Majalah UKSB,  Badrul Azhar Abdul Rahman, Ketua Pegawai Operasi UKSB, Azlan Naim Abdullah dan pengarangnya, Huzz.

Jangan lupa dapatkan tabloid INSTA di pasaran pada setiap Sabtu dengan harga RM2.50!


Yours sincerely, DIOR 디요

Saturday, May 31, 2014

Petikan dari @8dior8

Petikan dari @8dior8

Salam sejahtera semua.
Ini merupakan post yang pertama dr dior di #IG ini.
@8dior8 merupakan IG acc #Dior yang kedua ,Yang pertama ialah @dioratic .
Tujuan IG ini direka hanyalah sebagai sharing yang lebih '#kejiwaan' bercampur aduk dari kehidupan dior sebagai #penyanyi, #penciptalagu, penulis lagu, penari & apa sahaja yang lahir dari hati saya...ini bukan plastik.  Haha...anda tahukan..kerja dibidang ni,harus 'deliver' 'apa yang orang mahu tengok ' sahaja.kekadang tu penat..tapi..inilah kenyataannya.
Dior bergelar #artis selama 6 tahun dari 2008 sehinggalah kehari ini, sebagai manusia biasa,dior masih rasa ada yang tak cukup dan nak lagi&nak lagi...itu...positif!
Dior bersyukur dalam masa bekerja sebagai anak seni ini, Dior bisa membuat persembahan yang diluar jangkauan saya sendiri iaitu diluar dari Malaysia,apatah lagi yang orang nya tidak bertutur 'Bahasa #Melayu'. Saya dh buat show di China, Vietnam, Jepun, Singapore & rumah kedua saya ..#Korea (eh..x tipu tau,dari 2011 sampai sekarang masih ulang alik buat show kat Korea).
Nak rasa bangga tu x,tapi ade la sikit..'not easy' yer!
Dulu nak jadi penyanyi,mak ayah x kasik,tapi biler kiter buat bersungguh & rezeki plak mase tu masuk Separuh akhir #MuzikMuzik di #TV3(terima kasih tidak terhingga KakKelly&geng) ,ayah saya sendiri datang duduk depan & tengok dior perform. Rasa sebak masatu,ialah,kita ingat die x sayangkan anak die,tapi ayah sanggup datang Shah Alam dari KL naik motor.kini,ayah dah berumur 71,nampak dah sikit2 kekurangan kudratnya tu,kalau ayah dah xde, tak tau la ape nak jadi ngan anak ayah ni....(menitis plak air mata masa tulis ni).
Ayah ku...Shaari Yusin, Shahril sayang Ayah!

Tuesday, May 6, 2014

Dior on Ewana.Fm

Jangan lupa dengarkan #Dior #디오 ditemuramah bersama #DJ @kosserani di http://www.ewana.fm @ewanafm malam ini dari jam 8:30-9:30pm .

Hanya buka link yang tertera & terus boleh dengarkan lagu2 hangat & bual bicara antara kami,tanpa perlu download/register apa2.
Jangan lupa ya!

#radioInternet #ewanaFm #Promotion #BURUANMU #newsong

Let's listen to www.ewana.fm tonight from 8:30-9:30 pm (Malaysia time +08) . A session of interview, new song promotion & everything regarding Me with Dj #KosSerani.

Just open the link given &the #InternetRadio will automatically play. Stay tune ya!!!!

Sunday, May 4, 2014

Dior schedule-to-date may 4-11 2014

Dior schedule to date:

May 4th-
12pm : attend Wedding Ceremony
1:30pm: Dior on #Galaksi #TV9 .
5pm: Diva@1 interview At #RTM

May 5th-
12:45pm : Dior on Diva@1 infotainment prgrm #Tv1
5pm: Meeting #KenekKenek #MusicVideo

May 6th-
8pm : www.Ewana.Fm live #radioInternet interview.

May 7th-
8pm : Movie with @mediahiburan at #MidValley Megamall

May 10th-
12pm: Birthday party at Kelab Darul Ehsan

May 11th-
1pm: show at Singapore.

Saturday, April 26, 2014

#SelamatDatang #Obama ke Malaysia 26-28 April 2014

#SelamatDatang #Obama ke #Malaysia 26-28April 2014 .

Lawatan Obama ke Malaysia merupakan yang pertama dilakukan Presiden Amerika dalam tempoh 48 tahun lalu selepas kunjungan terakhir oleh Lyndon B. Johnson pada 1966.

"Kalaulah negara kita mundur, tak berjaya, berperang, ekonomi teruk, atau bermasalah, adakah presiden Amerika Syarikat mahu pergi?," katanya.

"Dia (Obama) datang ke Malaysia sudah tentu kerana kejayaan-kejayaan negara kita dari segi ekonomi, keamanan dan mempunyai sistem demokrasi yang baik," katanya sambil menegaskan kunjungan presiden itu tidak harus dipolitikkan, sebaliknya perlu dilihat dari aspek positif.

Jamaluddin turut menempelak tindakan parti pembangkang yang dilihat sengaja menimbulkan kontroversi apabila mempersoal ketiadaan slot bagi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Obama.

Tegasnya kehadiran Obama ke Malaysia pada 26 hingga 28 April ini adalah kerana urusan rasmi dan tidak wajar untuk pembangkang mempolitikkan perkara itu.

"Ini lawatan atas jemputan kerajaan...bila dia pergi ke Jepun atas jemputan kerajaan Jepun, dia (Obama) hanya jumpa perdana menteri Jepun dan Maharaja Jepun, begitu juga di Korea, dia jumpa pemimpin kerajaan Korea lah dan bukannya pembangkang di sana.

"Begitu juga bila dia datang ke Malaysia, jumpa kerajaan Malaysia yang mana pemimpinnya ialah Datuk Seri Najib Tun Razak...mengapa pula dia nak jumpa ketua pembangkang," katanya sekaligus menepis dakwaan kerajaan menghalang pertemuan Anwar dan Obama.

Read more:

http://www.rakyatnews.my/index.php/20140425167232/umum/lawatan-obama-pengiktirafan-buat-malaysia