Implan payu dara kerana ketumbuhan- Ifa Raziah
Bila tersebar berita Ifa Raziah membuang ketumbuhan pada payu dara, banyak yang meraguinya. Ada yang mempertikai kerana rawatan dijalankan di sebuah hospital pakar pembedahan plastik di Kuala Lumpur.
Ifa mengakui ada membuat implan, tetapi ia dilakukan selepas membuang ketumbuhan pada payu daranya yang dikesan sejak beberapa lama dulu.
“Inilah kali pertama saya membuat implan, saya ni penakut dengan pembedahan sebab itulah baru sekarang saya melakukannya.
“Bukan untuk kecantikan semata-mata tetapi untuk kesihatan saya. Saya tahu ada seorang kenalan saya (wartawan senior) yang mengalami masalah semacam saya. Bila saya mengadu pasal payu dara saya yang terasa ketulan keras, dia mengesyorkan nama seorang doktor di sebuah hospital.
“Saya ada mendapat khidmat nasihat dengan doktor itu. Saya bimbang ketulan tersebut sejenis kanser, tapi alhamdulillah ia bukan kanser. Saya difahamkan ketulan itu mungkin terjadi kerana penyusuan badan yang tidak sempurna semasa menyusu anak saya dulu.
“Doktor tersebut cakap, rawatan yang boleh dijalankan ialah membuang ketulan tersebut dan ia membuatkan saya tiada payu dara. Hospital itu tak ada rawatan memasukkan implan.
“Sebab itulah saya tak buat rawatan di hospital itu dan mendapat rawatan di sini (hospital pembedahan kosmetik). Saya membuang ketulan itu dan memasukkan implan,”kata Ifa semasa ditemui malam tadi.
Ketulan dalam hidung
Semasa Mangga Online tiba di biliknya, beberapa rakan artis turut melawat, antaranya Fazli Zainal, Roslan Shah, Ieda Moin, Mya Matahari, Ayu, Dior dan beberapa kenalan.
“Pasal hidung pula… saya ada masalah resdung dan ada juga ketulan dalam hidung saya kesan daripada suntikan yang saya buat dulu. Bila doktor membuang ketulan itu, dia turut melakukan pembedahan plastik pada hidung saya. Bukan memancungkan pun, hanya memperbetulkan struktur hidung bila ketulan tersebut dibuang,” kata Ifa.
Ifa harap tak ada yang membuat anggapan yang salah bila dia membuat rawatan di hospital pakar pembedahan kosmetik.
Yours sincerely, DIOR 디요
No comments:
Post a Comment