Ya Habibi Assalamualaikum!
#PureHeartlyYangBenar:
Mohd Shahril Bin Shaari @OfficialDior.
(30 kemudahan OKU updated 6 Mei 2024.pdf)
MAKLUMAT TAMBAHAN KATEGORI:
#OKU #OrangKekuranganUpaya & #OrangKelebihanUpaya.
Terdapat tujuh (7) kategori OKU yang boleh dipertimbangkan bagi
pendaftaran OKU oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat seperti berikut:
1. Kurang Upaya Pendengaran
Kurang upaya pendengaran bermaksud ketidakupayaan
pendengaran kekal pada kedua-dua belah telinga ATAU di sebelah
telinga. Kecacatan telinga kekal merujuk kepada kecacatan struktur
telinga / sindrom berkaitan yang mengganggu fungsi individu
tersebut.
2. Kurang Upaya Penglihatan
Kurang upaya penglihatan bermaksud buta kedua-dua belah mata
ATAU buta di sebelah mata ATAU penglihatan terhad di kedua-dua
belah mata ATAU lain-lain gangguan penglihatan kekal.
3. Kurang Upaya Pertuturan
Kurang upaya pertuturan bermaksud tidak boleh bertutur sehingga
menyebabkan gangguan berkomunikasi dengan sempurna dan
tidak boleh difahami oleh mereka yang berinteraksi dengannya.
Keadaan ini adalah kekal atau tidak akan sembuh.
4. Kurang Upaya Fizikal
Kurang upaya fizikal bermaksud ketidakupayaan kekal anggota
badan sama ada disebabkan oleh kehilangan ATAU ketiadaan
ATAU ketidakupayaan mana-mana anggota badan yang boleh menjejaskan fungsi mereka dalam melakukan aktiviti asas
sepenuhnya. Aktiviti asas yang dimaksudkan ialah seperti
penjagaan diri, pergerakan dan penukaran posisi tubuh badan.
Keadaan ini boleh terjadi akibat daripada kecederaan (trauma) atau
penyakit pada mana-mana sistem tubuh yang menyebabkan
ketidakfungsian.
5. Kurang Upaya Pembelajaran
Kurang upaya pembelajaran bermaksud masalah kecerdasan otak
yang tidak selaras dengan usia biologikalnya.
6. Kurang Upaya Mental
Kurang upaya mental merujuk kepada keadaan penyakit mental
yang teruk menyebabkan seseorang itu tidak berupaya berfungsi
sama ada sebahagian atau sepenuhnya dalam hal berkaitan dirinya
atau perhubungan dalam masyarakat.
7. Kurang Upaya Pelbagai
Kurang upaya pelbagai (Multiple Disabilities) bermaksud
mempunyai lebih daripada satu jenis ketidakupayaan. 30 KEMUDAHAN OKU
Terdapat hampir 30 kemudahan disediakan kepada golongan OKU
termasuk kemudahan dan perkhidmatan percuma. Antara kemudahan
dan
A. Bantuan Kewangan, Pelepasan dan Perkhidmatan Percuma
1) Bantuan Kewangan / Alat Sokongan JKM:
a. Bantuan Am (bayaran bulanan ber
beza mengikut negeri);
b. Elaun Pekerja OKU (RM450 sebulan);
c. Bantuan bagi OKU yang Tidak Berupaya (BTB)
(RM300 sebulan);
d. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar (BPT)
(RM500.00 sebulan);
e. Geran Pelancaran (Maksimum RM2,700); dan
f. Bantuan alat tiruan/sokongan (Mengikut harga
yang ditentukan);
2) Bantuan Kewangan Pelajar OKU:
a. Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK)
RM150.00 sebulan kepada pelajar Sekolah
Rendah dan Menengah oleh KPM.
b. Elaun Pelatih OKU sebanyak RM300.00 sebulan
diberikan kepada OKU yang mengikuti program
pemulihan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti. c. Bantuan kewangan pelajar OKU IPT tempatan
(sepenuh masa) meliputi wang saku sebanyak
RM300.00 sebulan dan perbelanjaan bagi yuran
pengajian dan yang kedua- duanya diberi pada
kadar tidak melebihi RM5,000 setahun atau
RM20,000 bagi sepanjang tempoh pengajian;
dan
d. Bantuan kewangan pelajar OKU IPT tempatan
(separuh masa/ pengajian jarak jauh) diberi pada
kadar tidak melebihi RM5,000 setahun atau
RM20,000 bagi sepanjang tempoh pengajian
meliputi perbelanjaan yuran pengajian sahaja;
3) Bantuan Kewangan Program Pendidikan Khas di
Politeknik/ Kolej Komuniti:
a. Diberikan kepada pelajar OKU (kurang upaya
Pendengaran) yang mengikuti program
pendidikan khas (Sijil Kemahiran Khas) di
politeknik terpilih; dan
b. Kadar bantuan adalah RM3360/semester,
mengambil kira bantuan yuran, sara hidup,
penginapan dan alat bantuan belajar;
4) Diskaun / Potongan 50% yuran pengajian daripada
Open University Malaysia (OUM), Wawasan
University dan Asia e-University; 5) Kemudahan dan galakan pelepasan cukai
pendapatan:
a. Pelepasan cukai berganda kepada majikan yang
melatih dan mengambil pekerja OKU;
b. Pelepasan cukai sebanyak RM6,000 kepada
pembayar cukai yang mempunyai anak OKU;
c. Pelepasan cukai diri sebanyak RM6,000 kepada
OKU dan
d. Pelepasan cukai kepada suami atau isteri OKU
sebanyak RM5,000; dan
e. Pelepasan cukai kepada anak kurang upaya
sebanyak RM6,000.00 dan tambahan sebanyak
RM8,000 bagi anak kurang upaya berumur 18
tahun dan ke atas, belum berkahwin dan
mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @
peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam
kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak
berkuasa Kerajaan yang berkaitan;
f. Pelepasan cukai bagi rawatan intervensi awal/
pemulihan anak kurang upaya pembelajaran
(terhad RM4,000.00)
6) Pengecualian bayaran rawatan perubatan:
a. Bayaran wad kelas 3; dan
b. Bayaran pakar dan bayaran ubat di hospital
kerajaan; 7) Pengecualian bayaran Pasport Malaysia untuk
perjalanan ke luar negara;
8) Pengecualian bayaran:
a. Bayaran membuat penggantian MyKad; dan
b. Bayaran carian daftar kelahiran dan kematian;
9) Pengecualian Fi LKM bagi Kenderaan Milik Orang Kurang
Upaya (OKU) dan pengecualian kenderaan motor yang
didaftarkan/dimiliki oleh ibu/bapa/penjaga yang mempunyai
anak OKU serta pasangan suami/isteri yang mempunyai
pasangan OKU;
10) Pengecualian duti import alat ganti alat tiruan
/sokongan;
11) Pengecualian 100% duti eksais kenderaan OKU:
a. OKU Fizikal, pendengaran dan pertuturan;
b. Ada lesen memandu;
c. Kenderaan nasional sahaja (termasuk motosikal);
d. Kereta nasional sahaja;
e. Tidak boleh pindah milik atau jual selama 5 tahun
kecuali dengan kebenaran Kementerian
Kewangan; dan
f. Sebuah kereta setiap 5 tahun;
12) Pencen terbitan bagi anak penjawat awam yang telah
meninggal dunia: a. Syarat-syarat atau kelayakan anak kurang upaya
tanggungan pesara:
i. Ketidakupayaan otak atau hilang upaya dari
segi jasmani;
ii. Ketidakupayaan itu kekal;
iii. Tidak berupaya menanggung (menyara)
dirinya sendiri; dan
iv. Ketidakupayaan hendaklah berlaku sebelum
mencapai umur 21 tahun
13) Waktu bekerja anjal bagi kakitangan awam untuk
menguruskan kebajikan dan keperluan anak OKU;
14) Kemudahan pengangkutan awam:
a. Diskaun Tambang Bas Express
Hanya warganegara Malaysia yang
menunjukkan kad pengenalan Mykad
sahaja dibenarkan untuk menuntut
tambang khas seperti Warga Emas dan
Orang Kurang Upaya (OKU). Hanya
pengendali bas tertentu sahaja
menawarkan diskaun dan tambang khas.
b. Tambang Kanak-Kanak hanya ditawarkan
oleh pengendali bas tertentu sahaja. Sila
ambil perhatian bahawa harga tambang kanak-kanak dan syarat umur berbeza
antara pengendali - pengendali bas yang
menawarkan tambang Kanak-Kanak.
i. Diskaun 50% untuk OKU bagi perkhidmatan
menggunakan Bas Nadi Putra di Putrajaya
ii. Pas MyRailLife - Tambang Percuma
Pengangkutan Awam untuk OKU mulai 15
Februari 2023 bagi perkhidmatan KTM Komuter
sektor Lembah Klang, sektor Utara & Shuttle
Timuran (DMU);
iii. KTMB menyediakan tambang percuma untuk OKU;
iv. Pas OKU SMILE - pas konsesi OKU yang diaktifkan
pada Kad Konsesi OKU oleh Prasarana, menyediakan
perjalanan percuma untuk individu OKU Malaysia yang
berdaftar di semua jenis kereta api dan bas kendalian
Prasarana (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan,
LRT, MRT & Monorel) mulai 1 Februari 2024.
v. Malaysia Airlines tawar rebat khas untuk tiket tempatan
bagi penumpang dengan kad OKU (Orang Kurang
Upaya) – kecuali MASwings dan tiket promosi.
15) Kadar sewa rumah yang rendah oleh DBKL; B. Pendayaupayaan OKU
16) Saluran khas bagi pengambilan OKU di IPTA:
a. Pengambilan pelajar OKU dibuat menerusi
saluran khas (tanpa perlu bersaing dengan
kategori biasa) yang hanya berdasarkan
kelayakan minimum sahaja;
b. Perlu melepasi syarat am dan syarat khas
program seperti ditetapkan oleh Universiti yang
dipilih; dan
c. Penempatan universiti disesuaikan dengan
kemudahan dan bidang yang disediakan oleh
IPTA bagi memastikan golongan OKU dapat
mengikuti pengajaran dan pembelajaran (PdP)
dengan selesa;
17) Program Pendidikan Khas / Integrasi / Inklusif;
a. Peluang pendidikan yang sama kepada semua murid
berkeperluan khas tanpa mengira ketidakupayaan dan
kecacatan mereka.
18) Meningkatkan peluang pekerjaan OKU:
a. Pekeliling Perkhidmatan Bil 16/2010: Dasar 1%
peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam
kepada Orang Kurang Upaya;
b. Perkhidmatan pendaftaran pekerjaan secara atas
talian;
c. Meningkatkan kesedaran majikan di sektor swasta untuk memberi peluang pekerjaan
kepada OKU; dan
d. Program Latihan Pekerjaan OKU Intelek dengan
menggunakan model jaringan masyarakat
melibatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat
Negeri, Jabatan Tenaga Kerja Negeri dan
Majikan-majikan dari syarikat swasta dan
kerajaan tempatan.
19) Kemudahan mengikuti Institusi Pemulihan / Latihan
OKU:
a. Pusat Pemulihan Dalam Komuniti;
b. Pusat Latihan dan Pemulihan Perindustrian di
Bangi;
c. Taman Sinar Harapan (OKU
Pembelajaran); dan
d. Bengkel Terlindung (OKU yang mampu bekerja
tetapi tidak dapat bersaing dalam pasaran kerja;
20) Pengecualian bayaran bagi permohonan pendaftaran
dan pembaharuan pendaftaran perniagaan SSM
berbentuk milikan tunggal atau perkongsian. Tempoh
insentif pendaftaran dan pembaharuan pendaftaran
perniagaan milik OKU secara percuma ini berkuat
kuasa bermula 23 Oktober 2012 bagi tempoh satu
tahun;
21) Pengecualian bayaran dan pembaharuan
daftar syarikat; C. Kemudahan Lain
22) Kemudahan Telekom Malaysia di bawah Pakej
Penyayang & Unifi OKU pakej;
i. Kemudahan Telekom Malaysia di bawah Pakej
Penyayang &Unifi Pakej Perpaduan Jalur Lebar layak
untuk warganegara Malaysia OKU ditawarkan
dengan 30 MBPS dengan pakej RM 79.00.
23) Perlindungan Takaful dan insurans
a) Sinar Senyuman Al shams oleh Zurich Insurance;
i. permohonan OKU berdaftar ke dalam pelan
perlindungan Zurich Takaful Al-Shams termasuklah
mereka yang mempunyai penyakit kritikal sedia ada.
b) I Care OKU oleh Maybank Takaful;
i. melindungi individu cacat penglihatan, pendengaran,
pertuturan serta fizikal. Pelan itu juga direka bagi
memudahkan permohonan dibuat tanpa
memerlukan pemeriksaan kesihatan;
ii.membiayai pembedahan, juga penempatan di
hospital dan Elaun hospital harian, perlindungan
kematian serta faedah pembayaran balik perubatan
akan diberikan;
c) Allianz Ability Life oleh Allianz Malaysia Berhad;
i. direka khas bagi golongan orang kurang upaya (OKU) dengan kadar premium serendah RM50;
ii. pelan ini terbuka kepada golongan OKU yang
berumur antara 16 hingga 70 tahun; dan
d) Takaful Agro Nurani dan Agro Bakti oleh AgroBank;
i. ditawarkan untuk OKU berusia 16 hingga 65 tahun
ini menawarkan pelbagai manfaat menarik dan
menyeluruh termasuk perlindungan kemalangan,
kematian akibat kemalangan, kematian akibat
penyakit biasa dan juga elaun tunai wad (akibat
kemalangan);
ii. menawarkan manfaat perbelanjaan pengkebumian;
24) Kod amalan akses bagi OKU
Peruntukan Perundangan
Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)
terutamanya memperuntukkan undang-undang berhubung
aksesibiliti di persekitaran bandar. Pindaan Undang-undang
Kecilnya iaitu Pindaan UndangUndang Kecil Bangunan
Seragam (UKBS) 1984 pada tahun 1990 melalui Seksyen
34A memperuntukkan keperluan penyediaan akses dan
kemudahan di bangunan untuk pengguna OKU. Seksyen
34A(1) mewajibkan semua bangunan awam menyediakan
akses bagi membolehkan OKU memasuki, keluar dan
berada dalam bangunan dan menyediakan kemudahan-
kemudahan berkaitan untuk digunakan oleh OKU. Seksyen
34A(2) pula memperuntukkan keperluan UKBS 1984 ini hendaklah mematuhi Malaysian Standard (MS) seperti
berikut:
i. MS 1184: 2002- Code of Practice on Access for
Disabled Persons to Public Buildings; dan
ii. MS 1183: Part 8: 1990 (P)- Specification for Fire
Precautions in the Design and Construction of
Buildings Part 8: Code of Practice for Means of Escape
for Disabled People.
Oleh itu, setiap Pihak Berkuasa Tempatan yang mengguna
pakai UKBS 1984 dikehendaki menguatkuasakan undang-
undang ini dan memastikan bahawa kemudahan-kemudahan
bagi golongan OKU disediakan berdasarkan kepada kedua-
dua MS tersebut di atas.
Seksyen 34A(2) kini sedang di dalam peringkat cadangan
untuk diperluaskan bagi memasukkan keperluan terhadap
pematuhan Malaysian Standard (MS) seperti berikut:
i. MS 1331: 2003- Code of Practice for Access of
Disabled Persons Outside Buildings (First Revision);
dan
ii. MS 2015: Part 1: 2006- Public Toilets Part 1:
Minimum Design Criteria.
Disamping itu, perundangan berkaitan yang perlu juga dirujuk
termasuklah Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta
172) di mana semua pembangunan hendaklah mendapat
kebenaran merancang (KM) daripada Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) dan PBPT boleh mengeluarkan
syarat-syarat yang berkaitan termasuklah penyediaan
kemudahan-kemudahan dan persekitaran bandar yang dapat
memenuhi keperluan akses oleh semua golongan OKU,
kanak-kanak, warga emas dan wanita.
Antara kemudahan yang disediakan berdasarkan kod amalan
tersebut adalah seperti berikut:-
a. Bangunan baru wajib ada ram dan railings;
b. Laluan yang bersesuaian dengan kerusi roda;
c. Lif khas dengan reka bentuk yang sesuai; dan
d. Tempat letak kereta, tandas khas dan
sebagainya;
25) Di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM),
setiap atlet yang meraih pingat emas di Olimpik dan
Paralimpik akan menerima insentif RM1 juta, diikuti
RM300,000 bagi perak dan RM100,000 untuk gangsa.
26) Hadiah Sukan Negara bagi Atlet Paralimpik;
27) Tiket Zoo Negara secara percuma kepada OKU dan Tempat
letak kereta di Zoo Negara diberikan percuma bagi pemandu
OKU;
a. Hanya perlu menunjukkan Kad OKU di kaunter tiket
28) Penyediaan petak khas kereta (parking) khusus untuk OKU fizikal;
a. Parking OKU untuk PEMANDU OKU; dan
b. KPKT telah menetapkan ukuran bagi parking OKU
sebagaimana dalam Garis Panduan Perancangan
Tempat Letak Kenderaan.
29) Potongan harga 40% kemasukan ke Pusat Sains &
Kreativiti Terengganu (PSKT);
a. Harga tiket asal adalah sebanyak RM25.00 dan
OKU hanya perlu membayar sebanyak RM15.00
selepas potongan 40%
30) Tiket masuk ke KidZania secara percuma kepada OKU;
a. Perlu menunjukkan Kad OKU di kaunter tiket di tingkat
bawah bagi mendapatkan tiket percuma.
31) Tiket percuma keretapi Bukit Bendera, Pulau Pinang;
a. Keistimewaan ini meliputi pengunjung warganegara
Malaysia dan bukan warganegara sama ada laluan
normal mahupun fastlane.
https://www.jkm.gov.my/portalassets/jkm/documents/30%20kemudahan%20OKU%20edit%206%20Mei%202024.pdf
Wassalam.
#PureHeartlyYangBenar:
Mohd Shahril Bin Shaari @OfficialDior.
#30_KeMuDaHan_OKU; #GoldWorrior_44_DiorMohdShahrilBinShaari_WorldGodFather_SultanMuzaffarShahDior_AgongDunia.
#OKU_OrangKekuranganUpaya_OrangKelebihanUpaya.
SNS/SosMed/Tel:+601175662024(WhatsApp, KakaoTalk,Line,Wechat).
Email: mohdshahrilbinshaari@gmail.com
#18hbOctober2026 bersamaan #7JamadilAwal
#1448TahunHijrah
No comments:
Post a Comment