Oleh Nor Akmar Samudin
Barangkali tidak ramai menyedari artis Malaysia yang berjaya mencipta nama di Korea ketika ini, Dior, pernah mencuba nasib menjadi menyanyi dangdut pada 2008 dan 2009.
Dari situ dia berkenalan dengan ramai artis dangdut termasuk Ani Mayuni dan selepas beberapa tahun berlalu, dia dan Ani merakamkan lagu duet berjudul Buruanmu yang akan dijadikan runut bunyi filem Balun.
Mereka merakamkan lagu itu enam bulan lalu dan turut menghasilkan klip video hasil kreativiti Creative Logic Production. Lagu dan lirik Buruanmu keseluruhannya ciptaan Dior sendiri.
Anak muda yang juga pemilik nama sebenar Shahril Shaari itu meskipun namanya tidak sebesar artis popular lain, namun menyaksikan persembahannya di pentas, dia memiliki aura tersendiri sebagai penghibur.
Anak muda yang juga pemilik nama sebenar Shahril Shaari itu meskipun namanya tidak sebesar artis popular lain, namun menyaksikan persembahannya di pentas, dia memiliki aura tersendiri sebagai penghibur.
Daripada lagu dangdut, pop dan K-Pop, dia juga berkemampuan menyanyikan lagu ketuhanan dengan baik. Ternyata Dior bijak meletakkan dirinya sebagai penghibur serba boleh. Di pentas persembahan dia tidak ‘menjual’ satu lagu tetapi pelbagai genre lagu kerana jemputan yang datang daripada pelbagai usia dan berbeza cita rasa.
Menelusuri perjalanan seni Dior, kala dia sibuk berdangdut di pentas, pada waktu yang sama jiwa mudanya terpaut pada muzik K-Pop yang mula terkenal di Korea pada 2008.
“Saya mula minat K-Pop pada 2008 dan pada 2010 jiwa saya memberontak ingin mencuba sesuatu yang baru lantas bermula cerita baru dalam kerjaya saya apabila menjadi artis K-Pop Malaysia yang pertama. Pun begitu, waktu itu K-Pop belum popular seperti hari ini.
“Langkah pertama saya pergi ke syarikat-syarikat Korea yang ada di negara ini. Saya terpaksa menjaja diri sendiri.
“Berkat kerja keras, mereka mula mempercayai bakat saya dan mengundang untuk membuat per-sembahan pada acara anjuran mereka.
“Bagaimanapun, saya tidak menyanyikan lagu K-Pop tetapi lagu Korea lama atau dipanggil lagu trot iaitu lagu seperti zaman Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Kebanyakan pemimpin organisasi Korea di negara ini berusia 50 tahun ke atas, jadi mereka sangat sukakan lagu trot,” katanya.
Selepas itu, dia terus menjadi artis kegemaran syarikat Korea dan setiap kali ada majlis produk baru, dia diundang untuk menghiburkan tetamu.
“Pada 2011, saya melangkah lebih jauh dengan mencari tapak di Korea dan di sana juga saya menya-nyikan lagu trot kerana artis muda negara itu lebih meng-gilai K-Pop. Untuk bersaing dengan mereka, saya tidak boleh ikut rentak mereka. Alhamdulillah, saya mencipta nama di Korea sebagai penyanyi lagu trot.
“Namun, ketika membuat persembahan depan peminat di sini, saya akan menyanyikan lagu K-Pop kerana mereka tidak tahu lagu trot ,” katanya.
Di Korea, kerjaya seninya diuruskan Rockin Korea Entertainment dan dia baru saja merakamkan lagu baru berjudul Baby I Need You yang liriknya dalam bahasa Korea.
“Lagu itu akan dilancarkan di Korea pada Sep-tember ini. Kini dalam setahun, paling kurang empat kali saya ke Korea memenuhi pelbagai undangan di sana,” katanya.
Meskipun Dior belum boleh membaca, mengeja dan bercakap bahasa Korea, tetapi dia belajar cara sebutan bahasa itu dengan betul. Jika tidak melihat tuan punya diri dan mendengar suara nyanyiannya saja, pasti ramai menyang-ka dia orang Korea.
“Saya mengambil masa seminggu menghafal lirik dalam bahasa Korea,” katanya.
Yours sincerely, DIOR 디요
No comments:
Post a Comment