Tuesday, July 15, 2014

Yahanana(Dangdut)-Dior 10July2014,TheRoyalHotel



Yahanana(Dangdut)-Dior 10July2014,TheRoyalHotel
http://www.youtube.com/watch?v=HVSfjV9yuSc

Yours sincerely, DIOR 디요

BURUANMU- Dior 디오 & Ani Maiyuni July10,2014



BURUANMU- Dior 디오 & Ani Maiyuni July10,2014,TheRoyalHotel (1st Live performance)
http://www.youtube.com/watch?v=Yh9m4qsGqsU

Yours sincerely, DIOR 디요

Implan payu dara kerana ketumbuhan- Ifa Raziah (Dior in Pic)

Implan payu dara kerana ketumbuhan- Ifa Raziah

Bila tersebar berita Ifa Raziah membuang ketumbuhan pada payu dara, banyak yang meraguinya. Ada yang mempertikai kerana rawatan dijalankan di sebuah hospital pakar pembedahan plastik di Kuala Lumpur.
Ifa mengakui ada membuat implan, tetapi ia dilakukan selepas membuang ketumbuhan pada payu daranya yang dikesan sejak beberapa lama dulu.
ifa-kos-3“Inilah kali pertama saya membuat implan, saya ni penakut dengan pembedahan sebab itulah baru sekarang saya melakukannya.
“Bukan untuk kecantikan semata-mata tetapi untuk kesihatan saya. Saya tahu ada seorang kenalan saya (wartawan senior)  yang mengalami masalah semacam saya. Bila saya mengadu pasal payu dara saya yang terasa ketulan keras, dia mengesyorkan nama seorang doktor di sebuah hospital.
“Saya ada mendapat khidmat nasihat dengan doktor itu. Saya bimbang ketulan tersebut sejenis kanser, tapi alhamdulillah ia bukan kanser. Saya difahamkan ketulan itu mungkin terjadi kerana penyusuan badan yang tidak sempurna semasa menyusu anak saya dulu.
“Doktor tersebut cakap, rawatan yang boleh dijalankan ialah membuang ketulan tersebut dan ia membuatkan saya tiada payu dara. Hospital itu tak ada rawatan memasukkan implan.
“Sebab itulah saya tak buat rawatan di hospital itu dan mendapat rawatan di sini (hospital pembedahan kosmetik). Saya membuang ketulan itu dan memasukkan implan,”kata Ifa semasa ditemui malam tadi.
Seronok bila kawan melawat
Seronok bila kawan melawat
Ketulan dalam  hidung
Semasa Mangga Online tiba di biliknya, beberapa rakan artis turut melawat, antaranya Fazli Zainal, Roslan Shah, Ieda Moin, Mya Matahari, Ayu, Dior dan beberapa kenalan.
“Pasal hidung pula… saya ada masalah resdung dan ada juga ketulan dalam hidung saya kesan daripada suntikan yang saya buat dulu. Bila doktor membuang ketulan itu, dia turut melakukan pembedahan plastik pada hidung saya. Bukan memancungkan pun, hanya memperbetulkan struktur hidung bila ketulan tersebut dibuang,” kata Ifa.
Ifa harap tak ada yang membuat anggapan yang salah bila dia membuat rawatan di hospital pakar pembedahan kosmetik.







Yours sincerely, DIOR 디요

Jiwa K-Pop Dior by Akmar Samudin in Harian Metro Newspaper

Oleh Nor Akmar Samudin
Barangkali tidak ramai menyedari artis Malaysia yang berjaya mencipta nama di Korea ketika ini, Dior, pernah mencuba nasib menjadi menyanyi dangdut pada 2008 dan 2009.
Dari situ dia berkenalan dengan ramai artis dangdut termasuk Ani Mayuni dan selepas beberapa tahun berlalu, dia dan Ani merakamkan lagu duet berjudul Buruanmu yang akan dijadikan runut bunyi filem Balun. 
Mereka merakamkan lagu itu enam bulan lalu dan turut menghasilkan klip video hasil kreativiti Creative Logic Production. Lagu dan lirik Buruanmu keseluruhannya ciptaan Dior sendiri. 

Anak muda yang juga pemilik nama sebenar Shahril Shaari itu meskipun namanya tidak sebesar artis popular lain, namun menyaksikan persembahannya di pentas, dia memiliki aura tersendiri sebagai penghibur.

Daripada lagu dangdut, pop dan K-Pop, dia juga berkemampuan menyanyikan lagu ketuhanan dengan baik. Ternyata Dior bijak meletakkan dirinya sebagai penghibur serba boleh. Di pentas persembahan dia tidak ‘menjual’ satu lagu tetapi pelbagai genre lagu kerana jemputan yang datang daripada pelbagai usia dan berbeza cita rasa.

Menelusuri perjalanan seni Dior, kala dia sibuk berdangdut di pentas, pada waktu yang sama jiwa mudanya terpaut pada muzik K-Pop yang mula terkenal di Korea pada 2008. 

“Saya mula minat K-Pop pada 2008 dan pada 2010 jiwa saya memberontak ingin mencuba sesuatu yang baru lantas bermula cerita baru dalam kerjaya saya apabila menjadi artis K-Pop Malaysia yang pertama. Pun begitu, waktu itu K-Pop belum popular seperti hari ini. 

“Langkah pertama saya pergi ke syarikat-syarikat Korea yang ada di negara ini. Saya terpaksa menjaja diri sendiri. 

“Berkat kerja keras, mereka mula mempercayai bakat saya dan mengundang untuk membuat per-sembahan pada acara anjuran mereka. 

“Bagaimanapun, saya tidak menyanyikan lagu K-Pop tetapi lagu Korea lama atau dipanggil lagu trot iaitu lagu seperti zaman Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Kebanyakan pemimpin organisasi Korea di negara ini berusia 50 tahun ke atas, jadi mereka sangat sukakan lagu trot,” katanya. 

Selepas itu, dia terus menjadi artis kegemaran syarikat Korea dan setiap kali ada majlis produk baru, dia diundang untuk menghiburkan tetamu. 

“Pada 2011, saya melangkah lebih jauh dengan mencari tapak di Korea dan di sana juga saya menya-nyikan lagu trot kerana artis muda negara itu lebih meng-gilai K-Pop. Untuk bersaing dengan mereka, saya tidak boleh ikut rentak mereka. Alhamdulillah, saya mencipta nama di Korea sebagai penyanyi lagu trot. 

“Namun, ketika membuat persembahan depan peminat di sini, saya akan menyanyikan lagu K-Pop kerana mereka tidak tahu lagu trot ,” katanya. 

Di Korea, kerjaya seninya diuruskan Rockin Korea Entertainment dan dia baru saja merakamkan lagu baru berjudul Baby I Need You yang liriknya dalam bahasa Korea. 

“Lagu itu akan dilancarkan di Korea pada Sep-tember ini. Kini dalam setahun, paling kurang empat kali saya ke Korea memenuhi pelbagai undangan di sana,” katanya. 

Meskipun Dior belum boleh membaca, mengeja dan bercakap bahasa Korea, tetapi dia belajar cara sebutan bahasa itu dengan betul. Jika tidak melihat tuan punya diri dan mendengar suara nyanyiannya saja, pasti ramai menyang-ka dia orang Korea. 

“Saya mengambil masa seminggu menghafal lirik dalam bahasa Korea,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/14
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/JiwaK-PopDior/Article/index_html
Yours sincerely, DIOR 디요

Dior- #月亮可以代表我的心 (#Dangdut Version) 12July2014



Sang #YueLiangDaiBiaoWoDeXin 
#月亮可以代表我的心 (#Dangdut Version)
Made popular by #TeresaTeng .

On my show for #StevenJamie #WeddingCeremony 12July2014.
Location: #PalaceOfGoldenHorses

http://www.youtube.com/watch?v=6SAkqnAHPiY

Yours sincerely, DIOR 디요

Dior- #무조건 #Mujogeon 12July 2014


Sang #무조건 #Mujogeon .
Made popular by #ParkSangCheol
#박상철 .composed by #PArkHyunJin #박현친.

On my show for #StevenJamie #WeddingCeremony 12July2014.
Location: #PalaceOfGoldenHorses

http://www.youtube.com/watch?v=PTEvk6K6Lw4

Yours sincerely, DIOR 디요

Tuesday, July 1, 2014

디오 프로필 Dior Profile in Korea

안녕하세요!
저는 #디오 입니다 . #락킨코리아 홈페이지의 제 #프로필입니다. 좋은 #노래와 발전된 모습으로 찾아뵐테니 많은 관심과 응원 부탁드립니다!

Hi Everyone!
I'm #Dior. Thi's my profile on #RockinKorea homepage.
I will deliver the best of me for my song &performance. please Support & give full attention on me.ok?

Let's vote Dior new song #BURUANMU on #HotFm #KitaPunya

Salam Ramadan.

My new song #BURUANMU feat. @ani_maiyuni  was on-air yesterday night at 11:02 pm 29thJune2014. #Alhamdulillah . Thnx so much @hotfm976 @ikhwanhotfm for the support!!! Thnx @indigitalsdnbhd fr d promo too.

To all friends,fans&anyone, Please go to

http://www.hotfm.com.my/?page_id=1101

(#hotfmKitaPunya)(don't have to log-in) & vote ASAP ya. Ur help much appreciated ♥♡♥♡♥♡♥♥

Dior.
Facebook.com/dioratic
Souncloud.com/dioratic
Instagram.com/dioratic
Twitter.com/dioratic