Wednesday, May 30, 2012

Dior- Kekal KPOP-Harian Metro nEWS Paper 15th May 2012.


Harian Metro nEWS Paper 15th May 2012.
Dior- Kekal KPOP.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/DiorkekalK-Pop/Article/index_html#.T7JbID5kWIF.facebook

Dior kekal K-Pop
Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my

MINATNYA cukup mendalam pada muzik K-Pop yang semakin sebati dengan dirinya. Bukan saja muziknya yang dipengaruhi elemen K-Pop, malah penyanyi, penari dan komposer muda berbakat besar yang ingin dikenali sebagai Dior juga mampu menguasai bahasa Korea dengan baik.

Sekali pandang, memang wajah anak kacukan Cina-Melayu dan pemilik nama sebenar, Shahril Shaari ini seiras dengan wajah ramai penyanyi K-Pop yang cukup popular di Korea itu. Selain wajah, penampilan Dior sudah cukup mengetengahkan imej K-Pop yang menjadi ikutan golongan muda tempatan, sejak demam K-Pop melanda di negara ini.
Secara peribadi, Dior yang sangat mengagumi penyanyi �ternama Korea, Rain dan TVXQ juga membuat persediaan lengkap dari segi mental, fizikal dan imej sebelum bergelar penyanyi K-Pop bertaraf profesional.

“Saya tidak ingin orang kata sekadar terikut-ikut dengan muzik K-Pop sebaliknya saya memang serius mendalami muzik Hallyu itu. Saya minat muzik K-Pop kerana ia ada elemen tarian cukup sebati dengan diri.

“Pada masa sama, saya ingin membuktikan pada orang, saya bukan sekadar menyanyi lagu K-Pop tapi mampu memahami maksud lagu disampaikan serta boleh berkomunikasi bahasa Korea dengan baik sama seperti penyanyi K-Pop dari Korea itu.

“Itulah bezanya saya dengan penyanyi K-Pop lain di Malaysia. Mungkin penyanyi tempatan lain hanya mampu menyanyi dan bila demam K-Pop reda mereka akan beralih pada genre muzik lain. Saya pula akan terus �perjuangkan muzik K-Pop dan berharap peminat tempatan terima diri seadanya,” katanya.

Kebolehan anak kelahiran Kuala Lumpur yang dilahirkan tanggal 29 September 1983 ini menyampaikan lagu Korea turut mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk daripada penganjur persembahan di Korea yang menghidu bakat besar anak tempatan ini.

Justeru, tidak hairanlah, penyanyi yang dikenali dengan lagu Mengharap Sinar ini sering terbang ke Korea untuk memenuhi pelbagai undangan �persembahan dan konsert serta pernah berkongsi pentas dengan penyanyi K-Pop terkenal Korea yang lain.

“Saya juga terharu kerana kemunculan saya di konsert K-Pop di Korea juga mendapat sambutan yang baik dari orang Korea sendiri kerana muzik adalah sesuatu yang bersifat sejagat.

“Ternyata mereka memang sangat mengalukan penyanyi luar yang mampu menyanyikan lagu Korea serta berkomunikasi bahasa ibunda mereka dengan baik.

“Saya juga mengambil peluang menyanyi lagu Melayu sekali gus memperkenalkan budaya kita kepada mereka. Melihatkan �sambutan positif dari orang Korea di sana, saya semakin bersemangat untuk menjayakan persembahan di sana selepas ini.

“Selain itu, saya dapat undangan persembahan majlis makan malam anjuran pihak korporat Korea yang bermastautin di Malaysia dan pihak mereka dapat tahu mengenai saya pun menerusi publisiti disiarkan di akhbar, sebelum ini,” katanya.

Antara pengiktirafan pernah diterimanya ialah Asia Model Festival Awards 2011 dan Asian New Face Model Awards 2011 yang berlangsung di Korea tahun lalu. Dior juga memiliki �produksinya sendiri, Diovulus Entertainment yang �menguruskan aktiviti seninya.

Buat peminat Dior, penyanyi berbakat besar ini bakal melancarkan bingkisan mini album barunya berjudul Ku Redha dan dijangka berlangsung di satu lokasi di Kuala Lumpur dalam tempoh terdekat ini khusus buat peminat setianya di negara ini.

Sementara itu, Dior berkata, dia sangat mementingkan imej dan penampilannya, sejak berkecimpung sebagai artis.

“Terus terang, sebagai artis, kita perlu menjaga penampilan dari hujung rambut hingga hujung kaki. �Artis adalah idola masyarakat dan setiap apa yang �dilakukannya menjadi ikutan orang. Sebab itu, artis �tidak boleh tampil selekeh terutama bila di khalayak ramai.

“Saya pula selesa dengan imej K-Pop kerana penampilannya sentiasa kemas dan �bergaya sepanjang masa. Paling penting ialah potongan rambut ala K-Pop yang pendek dan sinonim dengan imej itu.

“Justeru, saya memilih produk wax rambut Elite (Edgy EFX) kerana ia senang untuk membentuk gaya rambut dikehendaki. Saya bertuah kerana pihak syarikat Unza yang mengeluarkan wax ini memberi peluang saya mencuba �sebagai ‘testimonial’ mereka �selama beberapa bulan,” katanya.


Yours sincerely, DIOR 디요

No comments: