Thursday, November 10, 2011

Dior writeup in Budiey.com: Dior Korean Ginseng Ambassador

Dior Korean Ginseng Ambassador



22 Oktober 2011 – 27 Oktober 2011 sekali lagi Dior mencatat sejarah di mana inilah kali kedua beliau menjejakkan kaki di bumi Korea. Beliau telah ke sana selama 6 hari 5 malam dengan tujuan yang lebih besar skaligus mengharumkan nama Malaysia untuk setiap persembahan yang dilakukan. Menurut beliau sewaktu berada disana suhu persekitaran adalah 14°C dan 2°C sewaktu pulang.
Dior's 1st performance in Yucheon-dong,Daejeon,Korea
Dior diundang untuk menjayakan 3 persembahan iaitu pertama di Yucheon-dong, Daejeon (pentas yang paling grand) di mana Dior adalah artis yang pertama membuat persembahan di tempat tersebut. Kedua adalah di Geumsan Insam Trade Dinner 2011 di Geumsan dan ketiga adalah di Pop’s Concert di Geumsan Korea di mana Dior adalah artis luar Korea yang pertama membuat persembahan bagi acara tahunan ini bersama artis-artis Korea yang terkenal sepeti Hong Jin Young, Boyfriend dan Dalmation. Turut terlibat bersama menguruskan jadual Dior di sana ialah Fizie Rastar. Baju rekaan pereka fesyen terkenal dari Malaysia iaitu O’oi Couture dipilih sejajar sebagai penaja rasmi pakaian bagi ketiga-tiga persembahan beliau di Korea.
Dior's 1st performance in Yucheon-dong,Daejeon,Korea.Selain dari membuat persembahan, Dior yang merupakan artis pertama dari luar Korea yang menjadi duta telah menerima undangan untuk ke Korea sebagai Duta Produk Ginseng Korea. Disana dior telah dibawa melawat ke ladang ginseng dan kilang pemprosesan ginseng.
KENANGAN MANIS
Bagi Dior, kenangan manis sewaktu berada di Korea adalah berpeluang membuat persembahan bersama dengan artis terkenal Korea di Yucheon-dong diatas pentas yang bertaraf dunia dan besar seperti di Istana Budaya, sedikit kecil tetapi hebat dan penuh dengan LED. Selain itu, bila Dior berjalan-jalan di Korea, dan apabila mendapat tahu yang Dior adalah “Malaysia Kasu” (Malaysia singer), ada diantara mereka tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama-sama dan minta tandatangan umntuk kenangan mereka.
Dior's 2nd performance for Ginseng Trade Convention Dinner,Geumsan,Korea..
Dior's 2nd performance for Ginseng Trade Convention Dinner,Geumsan,Korea...
AKAN DATANG
Terdapat beberapa projek terbaru yang bakal dilakukan oleh Dior sepanjang tahun 2011. Antaranya pada bulan hadapan Dior akan jelajah untuk mempromosikan Geumhong Ginseng di Malaysia. Selain itu, menurut Dior, beliau akan keluar dengan single terbaru beliau yang bertajuk Ku Redha. InsyaAllah pada tahun hadapan Kelab Peminat Dioratic akan membuat percutian ke Korea bersama Dior dan Dioratic.
Akhir sekali, Dior berharap agar peminat-peminat dan orang ramai terus memberikan sokongan yang padu terhadap karier beliau dan sentiasa mendoakan kejayaan beliau. Bagi sesiapa yang ingin mengenali dan mengetahui tentang Dior dengan lebih dekat dan lebih lanjut lagi bolehlah melayari facebook beliau iaitu Dior (Shahril Shaari).



Dior's 3rd performance.Pop's Concert in Geumsan,Korea
Dior's 3rd performance.Pop's Concert in Geumsan,Korea.
Dior's 3rd performance.Pop's Concert in Geumsan,Korea-with fans.
with manager-fizie & Korean Friends in one of restaurant in Woncongdong-1

Seight seeing at Deoksogung Palace,City Hall,Seoul
Geumsan World Ginseng Expo,Geumsan,Korea
at Geumsan Ginseng Expo,Geimsan,Korea
di world ginseng expo Geumsan
drink demo at Geumsan Ginseng Expo,Geimsan,Korea
Shuffling at Geumsan World Ginseng Expo,Geumsan,Korea
with some Korean asking for my signature in Geumsan World Ginseng Expo,Geumsan,Korea
picture with harvested Ginseng & Tree at Geumsan World Ginseng Expo,Geumsan,Korea
Dior's 2nd performance for Ginseng Trade Convention Dinner,Geumsan,Korea
dior in Korea promoting Geumhong Korean Ginseng

Source taken from : http://www.budiey.com/dior-korean-ginseng-ambassador/

Yours sincerely, DIOR 디요

No comments: