Artis jayakan Bazar Amal Karya1(Biro Muda Karyawan). Semua Dijemput.
Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
wanasr@hmetro.com.my
Biarpun majoriti mereka terdiri daripada kanak-kanak tidak berdosa yang hidup terabai tanpa pemerhatian dan serba kekurangan, namun pada hakikatnya mereka berhak meneruskan kehidupan seperti manusia normal.
Justeru, Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) menerusi Biro Muda Karyawan yang dipengerusikan oleh penyanyi, Dayang Nurfaizah mengambil inisiatif menganjurkan Bazar Amal Karya1 untuk kanak-kanak HIV/Aids di tingkat tiga Amcorp Mall, Petaling Jaya bermula jam 12 tengah hari hingga 6 petang pada 16 Ogos ini.
Presiden Karyawan, Freddie Fernandez berkata program berkenaan membabitkan penyertaan artis pelbagai peringkat dan kaum.
Pelaksanaannya juga selaras dengan saranan kerajaan menyahut saranan kerajaan menerusi cetusan konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan seperti yang disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Ini adalah sebahagian daripada cara kami meuar-uarkan kewujudan Biro Muda yang mampu memainkan peranan tersendiri dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik.
"Pada kami generasi muda adalah media baru. Mereka jarang membabitkan diri dalam aktiviti amal. Golongan muda kerap dikaitkan dengan program hiburan dan aktiviti sosial.
"Disebabkan itu juga kerap kedengaran generasi muda terbabit dalam gejala yang tidak sihat.
"Penubuhan Biro Muda ini juga adalah salah satu tarikan untuk mengubah persepsi generasi muda supaya lebih prihatin dengan menyertai aktiviti amal.
"Kami harap penganjuran program ini dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik," katanya.
Tambahnya menerusi program amal itu, semua artis yang terbabit akan mempunyai gerai sendiri dan diberi kebebasan untuk menjual apa saja barang termasuk koleksi peribadi masing-masing. Semua keuntungan jualan berkenaan akan disalurkan kepada Tabung Yayasan Aids Malaysia.
Di samping menderma pengunjung yang hadir bakal dihiburkan dengan persembahan artis terkenal tanah air seperti Aizat, Stacy dan Dafi.
Program berkenaan turut mendapat kerjasama pertubuhan HIV/Aids Malaysia dan stesen radio, Suria FM.
"Kami benar-benar berharap usaha ini mendapat kerjasama daripada semua pihak termasuk sokongan daripada pihak media.
"Kami menjangka lebih 30 artis akan menyertai program ini. Penyertaan bukan hanya terhad kepada golongan penyanyi dan pelakon saja sebaliknya semua golongan karyawan seni.
"Kami mengalu-alukan penyertaan daripada semua karyawan seni termasuk pelukis, pelawak dan sasterawan negara. "Sebelum ini kami hanya buat kutipan derma untuk ahli Karyawan. Namun buat julung kalinya kami mengumpul dana untuk golongan yang bukan ahli Karyawan.
"Memandangkan ini program pertama kami tidak meletakkan sasaran yang tinggi sebaliknya jika mampu mengumpul sejumlah RM50,000 sudah memadai buat kami," katanya.
Menurut Freddie, dia tidak menolak kemungkinan jika bazar itu akan dijadikan acara bulanan atau tahunan jika mendapat sambutan yang menggalakkan.
Malah, tidak mustahil jika dana berkenaan diagihkan kepada mereka yang kurang bernasib baik seperti golongan miskin dan menghadapi masalah cacat anggota tubuh badan pada masa akan datang.
© Hak cipta terpelihara 2007 The New Straits Times Press (M) Berhad

2 comments:
dior..... can i go???
n wanna meet u there..
can i? can i?
come lah...
Post a Comment