Pertemuan di majlis kenduri
Oleh Wan Asrudi Wan Hasanwanasr@hmetro.com.my
Rap |
MAJLIS kenduri perkahwinan seorang teman yang dihadiri lima tahun lalu menjadi detik perkenalan kepada penyanyi, Rahayu Baharudin, 25 atau Ayu bersama pasangannya, Samsul Khairi Abdul Rahim, 33. |
Malah sikap Samsul yang penyabar dan pandai mengambil hati membuatkan Ayu senang bersamanya. Biarpun ber kenalan dalam tempoh agak lama, bibit cinta antara mereka hanya baru berputik sejak setahun lalu.
Selepas mengenali hati budi masing-masing, mereka ke mudian mengambil keputusan untuk bertunang pada Ogos tahun lalu. Sebelum kedua-dua keluarga berbincang untuk menetapkan tarikh perkahwinan.
Hanya lima bulan mengikat tali pertunangan, majlis per nikahan yang ditunggu-tunggu akhirnya berlangsung selepas solat Isyak pada 1 Mei lalu di kediaman keluarga Ayu di Permatang Duyung, Melaka. Majlis kenduri bagi pihak Ayu berlangsung keesokan harinya manakala di Kuantan, Pahang Sabtu ini (esok) bagi pihak lelaki.
Pasangan berkenaan dinikahkan Jurunikah Imam Abu Adam Awal dengan mas kahwin RM40 dan hantaran RM8,000 serba satu. Pihak lelaki menyediakan tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan oleh pihak perempuan.
Bercerita lanjut mengenai majlis itu Ayu yang dicungkil bakatnya menerusi program realiti TV3, Mentor musim kedua bersyukur kerana majlis berkenaan dapat dijalankan dengan lancar. Memilih perkahwinan dengan konsep taman, majlis berkenaan dihadiri lebih 1,000 tetamu terdiri daripada kaum keluarga, kenalan dan rakan artis.
Menurut Ayu, suami yang berkerja sebagai kakitangan di Pertonas memang 'low profile' malah ketika mula berkenalan dengannya perasaan ketika itu agak gemuruh.
“Mula-mula bertemu dengan suami ketika itu Ayu menjadi pengapit satu majlis perkahwinan teman. Ketika itu saya belum terbabit dalam dunia seni. Sejak itu, kami sering berhubung. Biarpun sudah kenal lama, kami selalu ber hubung sehinggalah beberapa tahun kebelakangan ini timbul perasaan sayang kepadanya.
“Malah suami pula melamar pada awal tahun lalu. Sikap suami yang penyabar dan memahami membuatkan saya berasakan dia adalah jodoh saya. Biarpun sebelum ini saya mengakui banyak berkenalan dengan lelaki apatah lagi terbabit dalam dunia seni yang penuh cabaran selain bertemu dengan pelbagai lapisan masyarakat.
“Walaupun kenal dengan ramai orang saya lebih selesa bersamanya kerana dia banyak memberi bimbingan dan nasihat kepada saya. Malah dia sentiasa bersama saya sebelum menjadi artis lagi. Apatah lagi hubungan kami juga direstui keluarga kedua-dua pihak,” katanya.
Tambahnya, dia bersyukur kerana ditemukan jodoh dengan lelaki memahami perangainya yang agak panas baran dan ligat ketika beraksi di pentas.
“Suami memahami karier saya sebagai penyanyi. Memang saya akui agak panas baran dan ligat ketika beraksi di pentas. Suami tidak melarang pembabitan saya dalam bidang seni sebaliknya lebih mengingatkan mengenai penampilan di khalayak umum selepas bergelar isteri.
“Malah suami sendiri memberi keizinan dan galakan kepada saya untuk terus aktif dalam bidang seni,” katanya.
Malah dia turut berterima kasih kepada rakan artis seperti Dior, Datuk Ali Mamak, Nieyl yang menghadiri majlis perkahwinannya selain tetamu terhormat Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob.
Mengenai perancangan berbulan madu, Ayu berkata se galanya sudah dirancang suaminya malah jika tiada aral mereka akan bercuti selepas majlis dan semua perkara berkaitan selesai. Memang sebelum ini, dia memaklumkan kepada suami untuk berehat di pulau sekitar Malaysia. Malah hasrat itu turut mendapat persetujuan suami yang merancang membuat kejutan kepadanya nanti.
Soal zuriat pula, Ayu berkata dia tidak merancang sebaliknya hanya mampu berusaha dan berserah kepada yang Maha Esa.
Bercerita lanjut mengenai perjalanan seni, Ayu yang ber tugas sebagai artis kebudayaan dan kakitangan Majlis Ban daraya Melaka Bersejarah (MBMB) masih aktif memenuhi undangan menjayakan persembahan di majlis-majlis tertentu di seluruh Malaysia.
Malah dia juga masih dalam rangka mempromosi single kedua, Sinar Cinta ciptaan Dior dan Rafik Oncept. Disamping itu, memenuhi aktiviti seni yang diatur syarikat untuk bahagian pengurusan The Conbolbulus Entertaiment (TCE) malah Ayu berusaha menyiapkan single seterusnya.
“Biarpun masih aktif menyanyi, keutamaan kini kepada suami. Selain memastikan tugas dan melaksanakan tang gungjawab sebagai isteri ditunaikan terlebih dulu,” katanya.
Dipetik dari http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Rap/20090507221618/Article/index_html
3 comments:
selamat pengantin baru :)
Wahhh... Glam u, ade terselit masuk paper... Hah, nie email add i- teratai_silver@yahoo.com... Nak pix tau! TQ Dior... Muaksss
sudah ku email kan gambarnya...enjoyz!!
Post a Comment