Wednesday, June 27, 2012

Dior in MELODI,TV3 ,24 Jun 2012 . THNX MELODI!!!

Dior in MELODI,TV3 ,24 Jun 2012 . THNX MELODI!!!
 (at 13:09)


(at 00:00-01:00)
Yours sincerely, DIOR 디요

Dior on KOSMO Newspaper Front Page 26June 2012

Dior on KOSMO Newspaper Front Page 26June 2012- Himpunan Bintang 2012- MyIPO/KOSMO


Yours sincerely, DIOR 디요

Bangsawan Cinta Puteri Mekar Mewangi Layu Tak Berseri pada 13-15 Julai 2012


Datanglah beramai-ramai menyaksikan Bangsawan Cinta Puteri Mekar Mewangi Layu Tak Berseri pada 13-15 Julai 2012 @ Panggung Bandaraya DBKL @ 8.30 mlm. Dengan penampilan Penyanyi & Komposer Dior Dioratic Full , Pelakon & Penyanyi Mardiana Alwi, Tokoh Teater KL 2012 Rosli Rahman Adam, aktivis teater Ibrahim Akir. Mohd Diani Kancil, Pelakon Lelaki Terbaik MFTKL '12 Salman Al-Farisi, Khairul Nizam, Signor Azroz Mohd, Nurul Izyana, Mohd Nohman Isa disamping penampilan extra turn Ratu Gambus Fauziah Gambus.




Yours sincerely, DIOR 디요

Monday, June 11, 2012

ASIA SONG FESTIVAL AWARDS 2012@Yeosu Expo, South Korea


This year ASIA SONG FESTIVAL AWARDS 2012 will be held in Yeosu Expo, South Korea...tentatively on August 4th(will be advise). 



Yours sincerely, DIOR 디요

Saturday, June 9, 2012

Bangsawan Cinta Puteri Mekar Mewangi Layu Tak Berseri.13-15July 2012

un-official poster


Pementasan Bangsawan Cinta Puteri Mekar Mewangi Layu Tak Berseri sempena Semarak Bangsawan 2012 @ Panggung Bandaraya Kuala Lumpur @ 8.30 mlm @ 13-15 Julai 2012. Skrip & Arahan Sakrani Shamsuddin dengan Penampilan Penyanyi K Pop Dior , Penyanyi/Pelakon Mardiana Alwi, Tokoh Teater WPKL 2012 Rosli Rahman Adam, Dramatis Ibrahim Akir @ Pak Yob, Mohd Diani Kancil, Duratul Ain Dorothy, Nanako Jezebelle, Pelakon Lelaki Terbaik MTWPKL 2012 / Mega Rajalawak Astro Salman Al-Farisi, Kamal Hassan, Azroz Mohd DLL. Berilah Sokongan Siri Semarak Bangsawan 2012 anjuran JKKN dan DBKL.
 Bangsawan Cinta Puteri Mekar Mewangi Layu Tak Berseri unofficial poster
Dior, en.Sakrani the Director & Mardiana Alwi II <
the script

Mardiana Alwi II & Dior Full 
Rosli Rahman Adam
Azroz & Nanako Jezzebel
Dior as Sultan Muzaffar Shah , Sultan Melaka
Yours sincerely, DIOR 디요



Dior's Media appeal:Front Page .Korean Press NewsMagazine Issue 252, June6,2012

Dior's Media appeal:Front Page .Korean Press NewsMagazine Issue 252, June6,2012
Front Page .Korean Press NewsMagazine Issue 252, June6,2012
Front Page .Korean Press NewsMagazine Issue 252, June6,2012


Yours sincerely, DIOR 디요

Dior's Media Appeal:Korean Press NewsMagazine Issue 252, June6,2012Korean Press NewsMagazine Issue 252, June6,2012 (Dior Album Launching )

Dior's Media Appeal:Korean Press NewsMagazine Issue 252, June6,2012Korean Press NewsMagazine Issue 252, June6,2012 (Dior Album Launching )
Korean Press NewsMagazine Issue 252, June6,2012

Korean Press NewsMagazine Issue 252, June6,2012
(Dior Album Launching )
 

Yours sincerely, DIOR 디요

Dior's Media Appeal: Korean Press NewsMagazine Issue 252, June6,2012

Dior's Media Appeal: Korean Press NewsMagazine Issue 252, June6,2012
Korean Press NewsMagazine Issue 252, June6,2012

Korean Press NewsMagazine Issue 252, June6,2012
(About Dior, Career&Girlfriend..hehe )

Yours sincerely, DIOR 디요

Dior Lancar Muzik Video BABY I NEED YOU BY Budiey.com




Dior Lancar Muzik Video BABY I NEED YOU




MAJLIS SIDANG MEDIA & PELANCARAN MUZIK VIDEO DAN MINI ALBUM ‘DIOR – BABY I NEED YOU’
Majlis Sidang Media dan Pelancaran Album Mini serta Muzik Video ‘DIOR – Baby I Need You ‘ telah diadakan di Neway Karaoke, Berjaya Time Square pada hari Khamis, 17 Mei 2012 yang lalu. Majlis ini dianjurkan oleh Diovulus Entertainment, syarikat milik Dior dan juga Dioratic Fan Club (kelab peminat Dior) dengan kerjasama oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Sekretariat Hari Belia 2012, Neway Karaoke, Geumhong Korea Gingseng, KMT Food & Beverage Trading dan Miroette Production dan Izs Lens de Couture.
Dior, Karen Tan, dan Noraniza Idris meghiburkan tetamu dengan lagu Hari Demi Hari yang turut dimuatkan di dalam mini album ini
Majlis yang bertemakan santai ini diacarakan oleh Zuan, wartawan program Melodi TV3. Majlis pelancaran ini turut diserikan dengan persembahan dari Dior iaitu Baby I Need You dan juga Hari Demi Hari duet bersama dengan Noraniza Idris dan Karen Tan (AF4).
Muzik Video ‘Baby I Need You’ dimainkan sebagai gimik pelancaran, dimana ia merupakan hasil buah tangan dari ‘Miroette production’ ,penggiat seni fotografi & videografi muda dari Kuala Lumpur Metropolitan University (KLMU). Video Karaoke ‘Baby I Need You’ juga telah dimuat naik di dalam system Karaoke Neway yang canggih itu. Majlis berjalan cukup sempurna dengan dihadiri penaja-penaja, rakan media , rakan artis & peminat-peminat Dior dari Dioratic Fans Club.
Majlis sidang media juga diadakan dengan bersahaja dengan dipanelkan oleh En.Yoo Seung Bok (penaja Dior ke Korea sebagai duta Geumhong Ginseng Korea), Noraniza Idris , Karen Tan & Dior selaku Penerbit Album. ‘Hi Tea Buffet’ ditaja oleh pihak Neway Karaoke.
Karen Tan, Norazniza Idris, Dior dan Mr Yoo menjadi panel sidang media majlis pelancaran ini dan dihoskan oleh Zuan Melodi
“Dior sememangnya menguruskan ativiti seni Dior sendiri tanpa syarikat rakaman yang mewakili Dior. Dibawah label Diovulus inilah Dior membuat program untuk lebih dekat dengan peminat-peminat dan salah satunya majlis pelancaran album mini ini. Dior mengucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga, teman-teman rapat , teman-temnan Media dan juga peminat-peminat Dior yang menjadi pemangkin kejayaan Dior sekarang ini” kata Dior.
Dior dan peminatnya sekitar majlis pelancaran mini album DIOR Baby I Need You
Dior di Majlis Pelancaran Mini Album Dior- Baby I Need You
Dior menyampaikan plak penghargaan kepada Karen Tan (AF4)
Dior menyampaikan plak penghargaan kepada Mr. Yoo, orang yang bertanggungjawab memperkenalkan dan mengetengahkan baat Dior di Korea
Dior menyampaikan plak penghargaan kepada Noraniza Idris
Dior menyanyikan lagu Dior- Baby I Need You
Dior menyanyikan lagu Baby I Need You sambil ditemani oleh penari latar.
Dior sempat meraikan hari jadi pengurusnya, Anna Ismail semasa majlis pelancaran mini album Dior- Baby I Need You
MENGENALI DIOR
Mohd Shahril bin Shaari ataupun lebih dikenali sebagai Dior merupakan seorang penyanyi, komposer dan juga penari yang berani dan sukses menjadi penyanyi rakaman dalam genre Fusion Pop Dance. Pada usia 29 tahun, Dior merupakan antara penyanyi remaja kegilaan ramai di Malaysia.
Selepas menimba seberapa banyak pengalaman dan pengetahuan mengenai persembahan pentas dan industri hiburan, anak muda yang lahir pada 29 September ini mengambil peluang untuk muncul di dalam industri melalui single ‘Mengharap Sinar’ yang berjaya sampai ke peringkat separuh akhir Muzik Muzik 2008.
Dior yang pernah memenuhi undangan pesembahan di beberapa buah negara negara seperti China, Brunei, Indonesia dan Singapura, kini aktif dengan muzik bergenre ‘Kpop’(Pop Korea). Ini kerana gaya persembahan Dior yang selari dengan muzik ‘KPOP’, beliau kemudian mengambil langkah lebih berani untuk menghasilkan muzik yang sama dengan penggunaan bahasa korea untuk menembusi di pasaran antarabangsa, bermula dengan mengeluarkan single ‘Pergi! 떠나다! ‘ & Baby I Need You.
Sebagai Perintis dalam Music Korea di Malaysia, Dior juga terlibat dalam ASIA MODEL FESTIVAL AWARDS 2011 di Gangnam, Seoul dan POP’S CONCERT 2011 di Geumsan, Korea di mana Dior telah diangkat sebagai penyanyi Antarabangsa yang ligat mempromosikan budaya dan muzik Korea. Beliau juga telah menjayakan persembahan yang dianjurkan oleh organisasi Korea di Malaysia dan juga di Korea.
ALBUM ‘DIOR- BABY I NEED YOU’
Album ini mengandungi 4 buah track bersama dengan 1 muzik video dan fail AVI (untuk kegunaan komputer – boleh melihat gambar, profil Dior).
Lagu – lagu yang terdapat dalam album ialah:
1- Baby, I Need You (Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris)
2- Pergi! 떠나다 ! (duet with Seung J)( Bahasa Melayu & Bahasa Korea)
3- Mengharap Sinar (Melayu)
4- Hari Demi Hari (duet Noraniza Idris & Karen Tan) (Bahasa Melayu & Bahasa Cina)
〉 Baby, I Need You:
Komposer dan lirik : Dior, Music Master: Baha (Azhar).
Lagu cinta ala Korea dengan tempo sederhana gadungan lirik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (Korus). Diinspirasi dari lagu Balada Korea yang menyatakan perasaan cinta kepada pasangannya.
〉 Pergi! 떠나다 !:
Komposer dan lirik: Dior , Music Master: Rafikoncept.
Lagu berentak Korean Pop Dance dengan tempo yang laju dinyanyikan oleh Seung J (Bahasa Melayu) dan Dior (rap Korea). Lagu yang diinspirasi dari Korea & Britain Pop Dance ini mengisahkan mengenai perasaan benci dan rasa tersisih kepada mereka yang membawa perasaan kurang senang pada orang lain.
〉 Mengharap Sinar
Komposer: Dior & Khairafik Khairudin. Lirik: Dior. MusicMaster by Rafikoncept
Lagu yang memaparkan kisah cinta yang mendalam ini diinspirasi daripada campuran elemen jawa dan melayu tradisional yang diolah sebagai satu genre baru. Lagu ni berhasil mampu pergi jauh dalam pasaran antarabangsa dan persembahan-persembahan berskala besar. Ia juga pernah dimainkan di radio radio di Singapura, Indonesia dan Brunei.
〉 Hari Demi Hari
Komposer: Dior & Noraniza Idris. Lirik: Dior & Ahmad Fedtri Yahya. Music Master olehZahid.
Ciptaan hebat gabungan elemen melayu dan opera muzik tradisional Cina ini diinspirasi oleh lagu melayu tradisional dan lagu opera ‘semangat’ masyarakat Cina. Lagu ini menggabungkan paduan suara Dior & Noraniza Idris (Ratu Etnik Kreatif) dalam Bahasa Melayu manakala Karen Tan (AF4) di dalam Bahasa Cina.
PROMOSI & PENJUALAN ALBUM
Album ini akan dijual menerusi talian maya melalui facebook dan blog milik Dior dan album akan dihantar melalui pos. Sesi promosi album akan diadakan melalui Road Tour di seluruh Malaysia dan tidak ketinggalan di Korea, bergandingan dengan geumhong Geumsan Ginseng Korea dan Badan Pelancongan Malaysia.
Mini Album ‘DIOR-Baby I Need You’ ini berharga RM 15 termasuk dengan kos penghantaran. Untuk membeli album ini, boleh membuat tempahan melalui Facebook Dior iaitu Dior Kasu ataupun boleh menghubungi Cik Baby menerusi talian 017- 6494754 atau talian facebooknya BabyNurul Ain.
Muat turun dan ‘ringtone’ boleh didapati melalui:
Malaysia: Digi, Hotlink & U-mobile
Antarabangsa: Reverbnation.com.




SOURCE: http://www.budiey.com/dior-lancar-muzik-video-baby-i-need-you/
Yours sincerely, DIOR 디요

Friday, June 8, 2012

Dior album launching article in Hanna Press(Korean Newspaper) *336 5/6/2012 :)

Dior album launching article in Hanna Press(Korean Newspaper) *336 5/6/2012 :)
Dior album launching article in Hanna Press(Korean Newspaper) *336 5/6/2012 :) for Malaysia, Indonesia & Singapore circulation. Thanks so much Hanna Press!!!


Yours sincerely, DIOR 디요

Monday, June 4, 2012

Dior in Gaya Lelaki Terkini Dari Kose Serani


Gaya Lelaki Terkini Dari Kose Serani
  Gaya Lelaki Terkini Dari Kose Serani
KUALA LUMPUR, 31 MEI 2012: Sempena sambutan hari ibu baru-baru ini, pereka fesyen pakaian lelaki tempatan, Kose Serani telah diberi peluang mengadakan pertunjukan fesyen yang diadakan di BB Plaza, Kuala Lumpur.

Penganjuran yang dibuat bagi mempromosikan jenama Kose Design & Collection itu ternyata mendapat perhatian ramai apabila lebih 500 pengunjung menyaksikan sendiri pertunjukan fesyen yang diserikan lagi dengan persembahan dari penyanyi lagu Hanya Di Mercu, Ayu.

Lebih menarik lagi, pertunjukan fesyen yang diadakan selama sejam itu turut menampilkan pemain bola sepak dari pasukan Felda United, Yong Kuang Yong yang pertama kali beraksi sebagai model pentas peragaan.

Selain Yong, penyanyi yang memiliki gaya seakan bintang K-Pop iaitu Dior turut sama menggayakan suit rekaan Kose.

Pejuang teater Mak Yong iaitu Rosnan Rahman bersama pengacara Apa Kata M? (AKM), Ajieb turut sama beraksi sebagai model peragaan pentas dengan mengenakan pakaian kemas dari Kose.

Difahamkan, penjaga gol kebangsaan iaitu Khairul Fahmi Che Mat atau Apex sepatutnya beraksi pada petang itu sebagai model namun tidak dapat menyertainya kerana terlibat dengan program anjuran pasukan Kelantan selepas Kelantan berjaya memenangi Piala FA sehari sebelum pertunjukan ini dijalankan.

Tambah istimewa, acara yang dipenuhi dengan warna-warni rekaan baju lelaki itu turut diselitkan dengan pertandingan model anjuran Eyoi Artistic Team.

Selain menampilkan koleksi pakaian suit yang digayakan selebriti tempatan, Kose turut memperkenalkan rekaannya yang mendapat permintaan ramai.

Malah, Kose yang pernah mereka pakaian baju selebriti tempatan turut memperkenalkan rekaan baru serta rekaan yang pernah digayakan Ajieb dalam program Apa Kata M yang disiarkan setiap Jumaat di Astro Warna.


source from:
http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=12095&c=30&s=152#.T8wC0zbhqGM.facebook

Download Dior's apps now: App Name: Dioratic (dioratic.apk)

Download Dior's apps  in Android Phone&Tablet now & get the latest form Dior & Stream his Songs & Videos!!!
App Name*  (Dior) 
search in google as : Dior 디요 1.3.apk

download here:
http://www.2shared.com/file/Xig9KhX4/Dior__13.html

Default-music-icon-36Dior's playlist
Default-twitter-icon-36Dior's Twitter
Default-youtube-icon-36Dior's Youtube Channel
Default-webview-icon-36Diovulus Entertainment
Default-facebook-icon-36Dior (Shahril Shaari) ...
Default-flickr-icon-36Dior's Media Appeal
Default-about-icon-36About Dior 디요



Yours sincerely, DIOR 디요