Pot plant-Rm15
Panda-Rm20
Buterfly on Apple&Hello Kitty Pot- Rm15.anybody.?
Mario Mushroon/ Love Rabbit -Rm20.Hurry@ place ur order now.
Love Rabbit /Ultraman -Rm20
|
Dimensions: 4.45 in x 4.45 in x 5.59 inc Weight: 4.66 oz | |
|
Dimensions: 4.45 in x 4.45 in x 5.59 inc Weight: 4.66 oz | |
Tajuk: Bangsawan Mahsuri
|
| ||||||||||
Sinopsis Mahsuri gadis cantik kelahiran Langkawi, dara pinggitan Pandak Mayah dan Cik Alang. Cantik jelitanya menjadi buah mulut dan kecemburuan terutamnya kaum wanita. Mahsuri dikahwinkan dengan seorang pemuda dan pahlawan tempatan, iaitu Wan Darus, adik kepada wakil Sultan di Langkawi, Wan Yahya ( atau dengan gelaran Datuk Pekerma Jaya) dan Wan Mahura. Hubungan Kedah-Siam menjadi keruh. Mahsuri hamil ketika Wan Darus keluar meninggalkan Langkawi untuk berperang dengan tentera Siam. Sepeninggalan beliau, Mahsuri tinggal bersama ibu bapanya. Deramang, seorang kembara telah singgah di Langkawi. Kebolehannya menambat hati penduduk Langkawi dan ibu bapa Mahsuri, sehingga mempelawa Deramang tinggal dirumahnya. Kepandaian Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, kakak iparnya. Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura menuduh Mahsuri melakukan hubungan sulit dengan Deramang. Mahsuri dan Deramang dijatuhkan hukuman bunuh oleh Datuk Pekerma Jaya setelah termakan hasutan isterinya. Mahsuri dan Deramang dijatuhkan hukuman bunuh. Walaupun dipujuk dan dirayu oleh ibu bapa Mahsuri, hukuman tetap dijalankan dan Mahsuri dibunuh tanpa dosa. Sebelum mati Mahsuri telah menyumpahi Langkawi menjadi padang jarak padang terkukur selama tujuh keturunan. Wan Darus pulang dengan kecewa lalu membawa anaknya, Wan Hakim meninggalkan Langkawi. |
BARISAN TENAGA KREATIF/PRODUKSI
FAUZIAH NAWI (Pengarah), IRWAN ISMADI SHAHRIM (Pengarah Artistik), RAHIMIDIN ZAHARI (Penulis Skrip & Lirik Lagu), MOHD. YAZID ZAKARIA (Pengarah Muzik), IRYANDA MULIA IRWADI (Komposer), JAMALUDDIN MD. NOR(Pengarah Teknikal), MOHD FIRDAUS MOHAMAD HANIF (PITT HANIF) (Pereka Tata Cahaya)
BARISAN PELAKON
VANIDAH IMRAN(Mahsuri), AZHARUDIN RAMLI (ARJA) (Wan Darus), AZMAN MD. HASAN (Deramang), AZIZAH MAHZAN (Wan Endah)
24 – 30 APRIL 2009
PANGGUNG SARI, ISTANA BUDAYA
8.30 MALAM
TIKET
RM30, RM50, RM70, RM100
Untuk sebarang maklumat/pertanyaan awam berkaitan persembahan dan tempahan/pembelian tiket:
BOX OFFICE
ISTANA BUDAYA
JALAN TUN RAZAK, KUALA LUMPUR
Tel : 03-4026 5558
Faks : 03-4026-5552
Rap |
KERJAYANYA dalam dunia seni mungkin bermula sejak menyertai Pertandingan Bintang Irama Malaysia peringkat Pahang pada 2001. Walaupun penyertaan itu hanyalah secara kebetulan ketika menuntut dalam jurusan komputer di Institut Pengajian Pahang. |
Biarpun rezeki belum berpihak kepada pendatang baru dunia seni suara tanah air, Mohd Hefni Mohamed, 28, atau Elfie Hefni, dia belum berputus asa. Minat pemuda tinggi lampai yang berasal dari Johor Bahru ini tetap menebal walaupun kerap berdepan pelbagai ujian dan cabaran. Apatah lagi berdepan saingan artis baru serta peserta program realiti yang cukup sengit.
Bermula sebagai artis budaya untuk Yayasan Warisan Johor, Elfie pantas menyusun langkah. Malah pengalaman terbabit dalam tarian, nyanyian dan seni teater dijadikan asas persediaan paling kukuh untuk terbabit dalam dunia seni.
Pengembaraannya menuntut ilmu tidak terhenti di sana. Anak ke-10 daripada 11 beradik ini mencuba nasib pula sebagai artis di Istana Budaya (IB) sekitar 2005.
Pengalaman dalam bidang seni selama dua tahun sebagai artis budaya mendorong Elfie menghasilkan single, Fahami Cinta yang mula diterbitkan sejak pertengahan tahun lalu.
Elfie menyifatkan minat dalam bidang seni berputik sejak kanak-kanak lagi. Selain minat, dia mempercayai bakat yang dimiliki mendorongnya menyahut cabaran bergelar penyanyi.
“Saya banyak menyertai aktiviti nyanyian sejak sekolah rendah lagi. Selain nyanyian saya turut mengambil bahagian dalam pertandingan fesyen, teater dan tarian. Minat ini turut mendapat dorongan kakak dan keluarga. Bermula ketika menyertai pertandingan Bintang Kanak-kanak RTM peringkat Johor Bahru ketika berusia lapan tahun.
“Selepas tamat sekolah saya tetap aktif menyertai beberapa pertandingan menyanyi. Antara pertandingan yang saya sertai ialah pertandingan karaoke, program realiti antaranya Malaysia Idol musim pertama selain melangkah ke pusingan 40 teratas Akademi Fantasia musim ketiga.
“Tidak dinafikan sepanjang di IB banyak ilmu yang saya pelajari. Pengalaman itu sebagai pendidikan untuk saya menyesuaikan diri dalam dunia seni. Begitupun, banyak perkara yang perlu dipelajari malah saya sendiri menganggap masih mentah dalam bidang ini,” katanya.
Penyanyi yang bernaung di bawah syarikat Dariustar Entertainment serta pengurusan oleh The Conbolbulus Entertaiment kini dalam rangka mempromosikan mini album yang mengandungi lagu Kekal Bersama senikata ditulis Ahmad Fedtri Yahya dan lagu oleh Nur Fatima, lagu Aljar atau Al Jihad Al Akhbar ciptaan Dior dan Fahami Cinta karya Aesar Mustafa.
“Pada saya, tiga lagu ini mempunyai kekuatan tersendiri. Malah saya sendiri bangga kerana dapat bekerja dengan Fedtri dan Nur Fatima yang cukup terkenal dengan karya hebat selain memberi ruang kepada komposer muda seperti Dior serta Aesar.
“Saya juga meletakkan satu cabaran kepada diri sendiri untuk membawa lagu berentak fushion. Malah lagu Aljar ternyata sangat istimewa. Di samping menyanyi secara solo lagu berkenaan turut dirakamkan secara duet bersama Rafikconcept,” kata Elfie yang pernah mewakili negara menyanyikan lagu Bahtera Merdeka diiringi paluan muzik Kalintang di Muzim Negara pada 2001.
Selain berbakat dalam nyanyian, Elfie turut terbabit dalam menjayakan persembahan teater seperti Mimpi, Hang Li Po dan Suzana @ 60-an di IB. Selain itu, dia tampil menjayakan watak tambahan dalam drama keluarga antaranya Ayah, Ayahku Kahwin Lagi (RTM), Jalan Untuk Mustakim, Spa Q musim pertama (TV3).