There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

Tuesday, September 27, 2016

#Dangdutasia2016

ALHAMDULILLAH.

KONSERT MINI #DANGDUTASIA2016 telah pun melabuhkan tirainya Jumaat lepas dengan kehadiran ramai penggiat seni, wartawan, rakan artis & peminat #Dangdut khususnya.Usaha Murni mereka hadir memberi sokongan amat bermakna bagi saya.masih terngiang Jeritan dari geng Sherliza Nahza Ibrahim & lain-lain .TERIMA KASIH SEMUA.

Bermula dgn SEMANGAT,PERCAYA DIRI & TAWAKAL...saya mulakan dengan menjaja Proposal Dangdut Asia disana sini, ramai yang menolak untuk kerjasama. apa yang di katakan mereka itu, biarlah saya simpan buat pemangkin semangat saya sendiri.

Akhirnya Neway Karaoke yang beribu pejabat di Hong Kong menghulurkan tangan membantu usaha saya dalam menaik taraf muzik & keberadaan Dangdut di industri muzik tempatan bagi Meng-ASIA kan lagi Karya tempatan kita supaya boleh menembusi pasaran luar seperti Singapura, Brunei & Indonesia.

Mengapa Dangdut? saya membesar dengan Dangdut .Walau jauh ke Korea saya melangkah, Dangdut & Irama Malaysia tetap dihati. Saya merasakan tanggung jawab saya untuk berbakti pada lagu Melayu.Dengan adanya program seperti ini, lebih ramai Anak Muda yang berani tampil kehadapan. jika tidak, sebelum ini banyak yang ke Pop kerana Takut Industri tidak menerima mereka.

BUKAN SENANG nak meyakinkan anak muda Malaysia untuk INVEST di muzik Dangdut,terima kasih Anis Aneesa Fauzi Hamzi Amin Mahzun Hq Rozita Rohaizad ellisan 锂汕 Farez Adnan Elda Susanti Rubisa Tiasin & Dzuf Lee dari Brunei yang percaya pada bakat saya sebagai Komposer,Lyricist & Producer kepada lagu mereka.Sebagai Komposer lagu, selepas selesai Mixing Master, sepatutnya Saya Tidak Campur tangan soal Promosi lagu mereka, tetapi diatas rasa Bantu Membantu sesama teman ,saya MEMBANTING TULANG ,turun naik,PR sana sini bagi merialisasikan Album & Konsert ini sebagai salah satu PROMOSI PERDANA bagi setiap lagu di dalam album ini.

Saya pernah Berjanji pada Kak Kelly Mohamed di office TV3 dahulu(sebelum Media Prima),saya masih ingat moment itu, kakkelly duduk, saya berdiri bertanyakan apakah saya mempunyai peluang untuk perform di konsert JomHeboh?Kakkelly jawab belum lagi. Dengan jawapan itu,saya berkobar-kobar beritahu kakKelly kembali yang suatu hari nanti saya akan buat Konsert sendiri iaitu Konsert Dangdut. Alhamdulillah, Hutang saya telah selesai.Walau tak sebesar mana,tapi inilah permulaan untuk yang lebih besar lagi.
saya yakin KakKelly tak perasan akan hal ini, kerana saya bercakap dalam nada gurau (sebab buat PR kan),tetapi saya pegang kata2 saya.Terima kasih Kak Kelly yang selama ini memberi semangat &  membantu saya sejak zaman MuzikMuzik separuh akhir 2008.

Berbalik pada konsert, HUMAN MANAGEMENT adalah task yang paling sukar sekali. bukan mudah untuk "handle" semua yang terlibat,pulak tu dari 4 negara.berbagai reaksi,berbagai ragam,berbagai masalah.Alhamdulillah, dapat saya selesai kan atas rasa kepercayaan atara kita.Time konsert plak, artis datang lambat, artis kurang effort dalam persembahan pon ade, artis demam pon ade...haish..macam macam...tapi saya puji semua artis di dalam album yang terlibat, memberikan 100% dalam persembahan, ada yang siap bawak penari, tempah hotel kat gardens tu utk bersiap,tak kurang juga yang bawak ANAK IKAN,dapatkan sponsor makeup, rambut, dress,jahit baju sendiri...semua sendiri...KUDOS buat semua!!! saya suka orang yang rajin membantu untuk menaik taraf diri sendiri..inilah Orang yang Harus Kita Bantu! Inisiatif itu perlu.

Untuk pengatahuan semua, Rancangan DANGDUT ASIA ini akan disiarkan di TV BINTANG, di saluran ASTRO tidak lama lagi. Album Dangdut Asia juga boleh didapatkan di laman web tidak lama lagi, buat sementara ini anda  boleh membeli album ini dengan menghubungi Artis2 didalam album ini atau ke saya sendiri.terdapat 17 lagu yang berlainan & sedap-sedap belaka...tak rugi la bli...utk semenanjung Malaysia rm19.90, Sabah/Sarawak rm24.90, Singapura/Brunei $15.

BERBANYAK TERIMA KASIH PADA SEMUA YANG TERLIBAT, sponsor Konsert Dangdut Asia: Neway Karaoke Box Malaysia, Mpi Generali , VC, Indopek Channel Bintang & Pelangi saluran Astro(yang sudi record & siarkan ke TV) & PERSATUAN PENGGIAT DANGDUT MALAYSIA [PPDM], artis artis yang Hadir dari Luar negara Nong Niken Astri Jelia Iskandar Qemil Nuu ID LynnMalik Dacademyasia Dzuf Lee ,artis2 Malaysia Elda Susanti Farez Adnan ellisan 锂汕 Rozita Rohaizad Amin Mahzun Hq Fauzi Hamzi Anis Aneesa Rubisa Tiasin & yang ada di album Ayda Jebat Erie Suzan Adibal Sahrul Aldi Taher Trio Ubur-Ubur Ivan Gunawan Novi Ayla Fans Club (NAFAC) . Kepada assistant sy Teyah Raffi, PR saya Intan Beckham PowerRangers & lakinya, Rafikoncept Studios selaku arranger kepada banyak lagu dalam album ini, Firdaus Bakhtiar yang design album Dangdut Asia & semua yang terlibat secara langsung atau tidak,tak lupa kepada semua Peminat Dangdut!!!!

insyallah, ada yang mencadang saya buat #InternationalKLDangdutFestival . saya akan usahakan jika ada permintaan. Jumpa Lagi di event akan datang...jangan lupa dengarkan Single Goyang Sampai Ke Lantai(Extended& new version Sampai Ke Lantai)...jangan lupakan ringtone yer nanti...soon...Media Digital Distribution dibawah company saya D'or Entertainment.

Post a Comment