Monday, June 9, 2014

Tabloid Insta saji berita sensasi by Manggaonline

Tabloid Insta saji berita sensasi

Semalam, bertempat di Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE), sebuah majlis pelancaran tabloid INSTA terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd (UKSB) telah diadakan. Majlis yang bertemakan merah, putih dan hitam itu turut dimeriahkan dengan dihadiri beberapa artis popular seperti Misha Omar, One Nation Emcees, Raja Ema, Maya Karin, Aisyah AF dan ramai lagi.

Apa yang menariknya tentang INSTA adalah, ia merupakan sebuah tabloid pertama seratus peratus berkonsepkan hiburan semasa. Bukan sahaja memuatkan berita-berita terkini mengenai hiburan tempatan, malah turut menyajikan hiburan antarabangsa. Selain daripada itu, fokus utama berita hiburannya adalah temubual eksklusif bersama artis tempatan dan pastinya ia mampu memberikan kepuasan maksimum kepada pembaca yang dahagakan hiburan sensasi.

Screen Shot 2014-06-09 at 7.31.07 AMMisha Omar turut hadir membuat persembahan 

Diterbitkan pada setiap hari Sabtu, INSTA akan dijual pada harga serendah RM2.50 senaskhah dengan 52 muka surat. Dengan adanya kelahiran INSTA, ia pasti dapat memeriahkan lagi industri hiburan tanah air dengan pelbagai maklumat mengenai artis kesayangan anda. Selain daripada itu, terdapat juga ruangan pembaca untuk sama-sama berkongsi idea mengenai dunia hiburan.

Screen Shot 2014-06-09 at 7.36.45 AMPersembahan One Nation Emcees memeriahkan lagi majlis dengan tarian mereka

Majlis pelancaran tabloid INSTA telah dirasmikan oleh Pe­ngarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Noordin Abbas. Turut hadir Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak,  Ketua Pengarang Majalah UKSB,  Badrul Azhar Abdul Rahman, Ketua Pegawai Operasi UKSB, Azlan Naim Abdullah dan pengarangnya, Huzz.

Jangan lupa dapatkan tabloid INSTA di pasaran pada setiap Sabtu dengan harga RM2.50!


Yours sincerely, DIOR 디요