There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

Saturday, November 16, 2013

From buletin-kpop.blogspot.com : Dior Mencipta Nama Dalam Diam di Korea

Dior Mencipta Nama Dalam Diam di Korea

dior korea penyanyi malaysia

Kami bangga apabila ada anak tempatan mencipta nama di dunia hiburan Korea. Rezeki di bumi Allah ini luas, yang penting kita tahu mencari peluang yang halal. Seorang lagi anak tempatan yang turut mencuba nasib dengan muzik K-Pop ialah Dior.

Ada satu artikel terbaru mengenai perkembangan Dior dan kami ingin berkongsi bersama pembaca Buletin K-Pop. Dior telah mengeluarkan single di dalam bahasa Korea berjudul Mujeogun atau lebih dikenali dengan ChanChanChan. Lagu ini berentak trot dan akan dipasarkan untuk pasaran Korea mulai tahun hadapan.

Irama trot mungkin kurang popular di kalangan peminat muda Kpop tetapi ia mempunyai golongan peminat yang besar di kalangan orang dewasa di Korea.

Pemilik nama sebenar Mohd. Shahril Shaari atau Dior juga pernah dilantik menjadi duta produk ginsengGeumhong sejak 2011 sehingga hari ini dan dijemput mengadakan persembahan sempena Geum Sam International Ginseng Festival di Seoul.

Bila kami melihat di laman Facebook Dior, rupanya dia popular di kalangan komuniti warga Korea diMalaysia. Banyak majlis atau acara keramaian warga Korea di Kuala Lumpur menjemput Dior untuk membuat persembahan.

Mari lihat persembahan Dior dengan lagu ChanChanChan.



Kami harap perjalanan seni Dior di Korea akan lebih berjaya dan menjadi dorongan buat mereka diMalaysia yang ingin mengikut jejak langkah dia.

Bagi mengetahui perkembangan semasa ikut Dior di laman sosial Facebook dan Twitter.

[Kredit : 12]
Ikuti kami di:
CREDIT GOES TO : http://buletin-kpop.blogspot.com/2013/11/dior-mencipta-nama-dalam-diam-di-korea.html?m=1 . THANK YOU SO MUCH YA!! :)

Yours sincerely, DIOR 디요
Post a Comment