Monday, June 4, 2012

Dior in Gaya Lelaki Terkini Dari Kose Serani


Gaya Lelaki Terkini Dari Kose Serani
  Gaya Lelaki Terkini Dari Kose Serani
KUALA LUMPUR, 31 MEI 2012: Sempena sambutan hari ibu baru-baru ini, pereka fesyen pakaian lelaki tempatan, Kose Serani telah diberi peluang mengadakan pertunjukan fesyen yang diadakan di BB Plaza, Kuala Lumpur.

Penganjuran yang dibuat bagi mempromosikan jenama Kose Design & Collection itu ternyata mendapat perhatian ramai apabila lebih 500 pengunjung menyaksikan sendiri pertunjukan fesyen yang diserikan lagi dengan persembahan dari penyanyi lagu Hanya Di Mercu, Ayu.

Lebih menarik lagi, pertunjukan fesyen yang diadakan selama sejam itu turut menampilkan pemain bola sepak dari pasukan Felda United, Yong Kuang Yong yang pertama kali beraksi sebagai model pentas peragaan.

Selain Yong, penyanyi yang memiliki gaya seakan bintang K-Pop iaitu Dior turut sama menggayakan suit rekaan Kose.

Pejuang teater Mak Yong iaitu Rosnan Rahman bersama pengacara Apa Kata M? (AKM), Ajieb turut sama beraksi sebagai model peragaan pentas dengan mengenakan pakaian kemas dari Kose.

Difahamkan, penjaga gol kebangsaan iaitu Khairul Fahmi Che Mat atau Apex sepatutnya beraksi pada petang itu sebagai model namun tidak dapat menyertainya kerana terlibat dengan program anjuran pasukan Kelantan selepas Kelantan berjaya memenangi Piala FA sehari sebelum pertunjukan ini dijalankan.

Tambah istimewa, acara yang dipenuhi dengan warna-warni rekaan baju lelaki itu turut diselitkan dengan pertandingan model anjuran Eyoi Artistic Team.

Selain menampilkan koleksi pakaian suit yang digayakan selebriti tempatan, Kose turut memperkenalkan rekaannya yang mendapat permintaan ramai.

Malah, Kose yang pernah mereka pakaian baju selebriti tempatan turut memperkenalkan rekaan baru serta rekaan yang pernah digayakan Ajieb dalam program Apa Kata M yang disiarkan setiap Jumaat di Astro Warna.


source from:
http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=12095&c=30&s=152#.T8wC0zbhqGM.facebook

No comments: