Saturday, February 26, 2011

Artis Makin Prihatin Bantu Masyarakat ! by Murai.com


Hollywood Sudah Stop Hantar Filem Ke Indonesia?


Teks oleh Razif Rosdi
PAHANG, 25 FEB 2011: Penderitaan yang dialami mangsa lecur kejutan elektrik iaitu Hairuman Miskun bukan saja mendapat pertolongan masyarakat tetapi turut mendapat perhatian golongan selebriti.
Buktinya, seramai 10 selebriti sanggup turun padang membina rumah baru untuk Hairuman yang dianjurkan pihak Kementerian Belia dengan kerjasama portal murai.com.my pada penghujung Januari lalu.
Keberkesanan program ini sekali lagi membuatkan portal murai.com.my terpanggil bekerjasama dengan KPTM (Kolej Poly-Tech MARA) bagi menjayakan program KPTM Prihatin Bersama Selebriti di Pekan, Pahang pada Sabtu lalu.

Program yang dianjurkan selama satu hari itu diadanan dengan tujuan untuk membantu mangsa banjir dan orang susah yang menetap di Perkampungan Datuk Syahbandar, Peramu, Pekan.
Apa yang menarik, program ini telah mendapat sokongan dari ramai selebriti seperti Rafidah Ibrahim, Nas Adila, Zehra Zamberi, Zizi The Fabolus Cats, Shahila, Dior, Shah AF8, Sahri, Kumpulan Klangit, PRInc, Aesar Mustafa dan personaliti Bernama TV, Hilmy Ashley.

Malah, Presiden KPTM, Dato' Sohaimi Shahadan sendiri sanggup turun padang membaiki surau di Perkampungan Datuk Syahbandar bersama-sana dengan golongan artis dan penuntut KPTM . Tidak cukup dengan itu, Sohaimi turut meronda seluruh kampung dengan menaiki motosikal bersama selebriti untuk menyerahkan sumbangan ke rumah-rumah yang terpilih.

"Aktiviti amal sebegini sewajarnya dijalankan selalu lebih-lebih lagi dengan adanya penglibatan golongan artis. Apabila artis sanggup turun padang menyertai projek amal yang sebegini, ianya pasti akan mendapat lebih banyak perhatian. Jadi, tidak salah sekiranya ia diteruskan dan dijalankan setiap bulan.
"Terima kasih kepada pihak murai.com.my kerana sanggup bawa artis turun padang dari Kuala Lumpur ke Pahang. Sesungguhnya, aktiviti ini sepatutnya bukan dijadikan program eksklusif tetapi program inclusive seperti yang disarankan oleh kerajaan," ujar Sohaimi.

Dalam pada itu, Shah AF8 yang kali pertama menyertai program amal sebegini mengakui sangat teruja apabila dia diberikan peluang untuk mendekatkan diri dengan masyarakat yang memerlukan bantuan.
"Shah rasa amat seronok sekali. Kalau boleh, Shah nak menyertainya lagi. Shah juga boleh mendapat lebih ramai kenalan. Lagi pun, program ini boleh membantu orang yang tidak berkemampuan, warga emas dan macam-macam lagi.

"Portal murai.com.my patut anjurkannya selalu. Sekiranya ada peluang lagi, artis yang pernah menyertai program ini bolehlah sertainya sekali lagi selain penambahan artis-artis yang lain," kata Shah.
Sementara itu, sebelum memulakan aktiviti gotong-royong pada pagi Sabtu, 19 Februari itu, artis yang telah sampai ke Pekan, Pahang pada malam 18 Februari 2011 telah disambut oleh penduduk di sana dengan menjayakan program bermain futsal.

Sungguhpun pihak selebriti kalah, namun ikatan kemesraan yang ditunjukkan oleh penduduk kampung seolah-olah seperti sudah terjalin dengan begitu lama. Sebelum bertolak pulang ke ibu kota, artis-artis juga sempat singgah ke Kolej KPTM cawangan Pahang dengan menghiburkan penuntut di sana. Antara artis yang sempat bernyanyi secara unplugged ialah Shah AF8, Klangit, Rafidah Ibrahim dan Shahila. Selepas itu, artis dibawa pula ke Teluk Cempedak bagi menjayakan aktiviti beriadah.


Yours sincerely, DIOR 디요

No comments: