Thursday, July 29, 2010

PC Semarak Ramadhan Bersama Karyawan 28/07/10




Dior & Hayati Tasrip will be performing  for IFTAR /Ramadhan Special on 26th August on Buka Puasa period at this Dewan Tun Rahah...let's have the buffet spread & show frm us......

Persatuan Karyawan Malaysia
60, Jalan 19/3, 46300 Petaling Jaya, Selangor
Tel: 03-79552967 @ 79606459  Fax: 03-79573546

SIARAN MEDIA

SEMARAK RAMADHAN BERSAMA KARYAWAN
MAJLIS BERBUKA PUASA
DI DEWAN BESAR TUN RAHAH
28 Julai 2010

Persatuan Karyawan Malaysia atau lebih dikenali sebagai KARYAWAN selaku persatuan artis yang paling aktif memperjuangkan nasib penggiat seni tanahair. Ditubuhkan untuk menangani masalah dan kemelut yang menyelubungi industri hiburan dan seni tanahair. KARYAWAN adalah antara badan-badan yang sentiasa berusaha untuk menganjurkan pelbagai acara untuk mengisi dana serta kos-kos persatuan termasuklah pencen-pencen artis veteran seramai 26 orang setiap bulan.
Kebelakangan ini, pelbagai berita yang dipaparkan di dalam akhbar-akhbar tempatan mengenai kekusutan kewangan yang dihadapi oleh KARYAWAN dan liputan media ini telah mendapat perhatian dari pelbagai pihak dan antaranya adalah dari Pengerusi Arab Malaysian Corp. Group (AMC) sendiri iaitu Encik Azmi Hashim.
Di atas keperihatinan beliau, KARYAWAN buat julung kalinya telah diberi peluang dan dapat berkerjasama dengan Kumpulan Seri Melayu – iaitu salah sebuah anak syarikat AMC di mana dengan kolaborasi yang hebat ini KARYAWAN dan Kumpulan Seri Melayu yang diketuai oleh Encik Rosli Rahmat selaku Pengarah Urusan Kumpulan Seri Melayu, kedua-dua pihak sama-sama akan menganjurkan sebuah projek amal bersempena bulan yang mulia Ramadhan yang akan datang.
Projek amal ini yang juga dikenali sebagai Semarak Ramadhan Bersama Karyawan adalah majlis berbuka puasa yang akan diadakan dari 16 Ogos hingga ke 3 September 2010 di Dewan Besar Tun Rahah, Menara Yayasan Tun Razak. Menurut Dato’ Freddie “Projek amal Ramadan ini merupakan suatu usaha murni bagi mengutip dana untuk mengisi tabung Karyawan  di samping menghulurkan bantuan kepada ahli –ahli Karyawan yang memerlukan”

Dengan tawaran harga Buffet Buka Puasa yang berpatutan iaitu RM60++ untuk orang dewasa dan    RM30++ untuk kanak-kanak,  Semarak Ramadhan Bersama Karyawan akan menyajikan pelbagai menu-menu istimewa yang disediakan khas dari Restoran Seri Melayu. Di antara hidangan-hidangan tradisi Melayu yang akan disajikan adalah seperti Nasi Bukhari, Ayam Percik, Rendang Daging Tok termasuklah hidangan pencuci mulut dari aneka kuih-muih tempatan.

Sambil menjamu selera, tetamu juga akan didendangkan dengan persembahan istimewa dari ahli-ahli Karyawan iaitu dari artis-artis tempatan yang baru dan lama seperti Nassier Wahab, Razali Husin, Sheeda Dangdut, Salwa, Ibnor Riza, Pyan Cecupak, Ayati Tasrip, Rohana Jalil, Mas Omar, Jaafar Onn, Zur Eda, Salima AF4, Shidee, Ekin AF3, Yazer AF3, Radhi OAG, Yantzen, Radhi Khalid, Dato’ Azizul Khamis, Papa J, Nas Adilla, Sam Iskandar (Sinaran Passport Kegemilangan, Halil Chik, Zehra Zambri, Siti Fairuz, Zali Redang, Dior, Harris dan Kumpulan Nasyid Devotees. Acara berbuka puasa itu juga akan diiringi oleh Kumpulan Ghazal yang akan mendendangkan lagu-lagu Melayu asli dan tradisional.
Projek amal sebegini tidak akan dapat dianjurkan sekiranya tiada sokongan dari pelbagai pihak seperti Restoran Seri Melayu serta Utusan Malaysia selaku akhbar rasmi.
Kami melihat inisiatif ini adalah suatu titik permulaan untuk projek-projek amal yang akan datang dan adalah harapan kami agar acara Berbuka Puasa ini akan dapat sambutan hangat dari orang awam terutamanya ahli-ahli Karyawan sendiri” kata Dato’ Freddie.



Untuk tempahan Semarak Ramadan Bersama Karyawan, orang ramai bolehlah menghubungi Dewan Besar Tun Rahah di talian 03-21666006/2002, Sha/Anuar/Hazril 03-79552967/            03-79606459 atau Pn Farah di talian 019-3910034.
 
Dewan Besar Tun Rahah adalah sebuah dewan mewah yang menawarkan pelbagai perkhidmatan seminar, bankuet dan katering serta amat sesuai untuk majlis-majlis perkahwinan. Kedudukan yang amat strategik di persekelilingan ‘Segi Tiga Emas’ Kuala Lumpur, Dewan Besar Tun Rahah boleh memuatkan seramai 650 orang dan juga mempunyai kemudahan moden dan dilengkapi dengan sistem lampu, audio dan visual yang terkini.

Tamat
  
 

Yours sincerely, DIOR 디요




No comments: