There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

Saturday, May 29, 2010

Dior akan di: Konsert Dangdut(Dana untuk Sri Bayu )

Dior U'sang 디요 Dior (Shahril Shaari) & Jojo Ahmad Faizullah akan berada di Dataran Tanjung Karang bersempena Program Dana untuk Sri Bayu pada 30hb Mei 2010.Datang beramai-ramai ya...

Aktiviti:
4.30pm :Sukaneka Artis bersama Rakyat
8.00pm :Konsert Dangdut(Dana untuk Sri Bayu )


Yours sincerely,DIOR 디요

Me at the GYM: Celebrity Fitness Bangsar Village 28/5/10

Yours sincerely,DIOR 디요

Wednesday, May 26, 2010

AK Design Launching 25/5/10



Yours sincerely,DIOR 디요

Tuesday, May 25, 2010

24/5/10...half day schedule....

8AM: renew my Passport @ Sri Rampai.
i wanted to travel to singapore few times...but i dont have time before to renew my outdated passport.it shock me...the whole process took about 1hour 30min & waiting time to have the passport is 40MIN!!!....very good...government had done a great job.
it tooks a day/few days to have ur passport done before.

10AM: PRISM Registration

11AM: SSM Registration...
finish all at 12PM.fuhhh...

what i can say is..i've done 3job in few hours...it pays me well for morning wakeup(usually i woke up late...hehehe)

Yours sincerely,DIOR 디요

Tistle Hotel,JB Dinner show 220510




Yours sincerely,DIOR 디요

My media appeal...i just scan some of it...

Media hiburan 1291 edisi 13-19 feb.2010 small
Media hiburan 1291 edisi 13-19 feb.2010
Media Hiburan 1300 edisi 17-23 april 2010 small
Media Hiburan 1300 edisi 17-23 april 2010
seri bayu 240510 Berita Harian
seri bayu utusan 240510
UTUSAN headline-Kami prihatin 09 April 2010
Media Hiburan 1292 edisi 20-26 Februari 2010
Yours sincerely,DIOR 디요

21/5/10: hangout with Hilmy Ashley to Galaxie Ampang: Korean Market

some of the stuff from the korean shop.
Hilmy driving
me...buying Dark Sugar at Galaxie,ampang Hanguk/korean mart...rm6/kg.i used it for my fine cup of tea...mostly for my earl grey,chamomile & rose tea....can't describe it..u have to try it.

some info on it.
Moist Brown Sugars :
In the second stage of sugar processing, a centrifuge is used to remove as much, or as little, molasses as the manufacturer chooses. In brown sugars made by the traditional methods, such as demerara and muscovado, the molasses is left in, and then the sugar is crystallized via dehydration. During this process, the molasses remains intact, as in first-stage sugars, yet these sugars become fairly dry.




Yours sincerely,DIOR 디요

Monday, May 24, 2010

Berita Harian Newspaper Article: Artis dangdut bela nasib Seri Bayu


BH Online
Hip

Artis dangdut bela nasib Seri Bayu
Oleh Rozdan Mazalan

2010/05/2

Konsert khas kumpul dana pada 30 Mei di Dataran Astaka Tanjung Karang

HIDUPNYA kini bagaikan sebatang kara. Tiada adik-beradik, saudara mara malah sahabat yang dulu sering menumpang kesenangan hilang begitu saja. Beginilah kehidupan yang dilalui penulis lirik, Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik.

Lebih menyedihkan, makan, minum, pakai dan membuang najis tidak terjaga. Malah tutur kata langsung tidak difahami sesiapa. Tubuh yang langsung tidak bermaya untuk digerakkan menyebabkan Seri Bayu bergantung kepada lampin pakai buang setiap masa.

Nasibnya baik apabila lima adik angkatnya yang berjiran dengannya menjadi tempat Seri Bayu menjalani kehidupan seharian biarpun tidak sempurna.

Dalam menjalani kehidupan yang agak daif, Seri Bayu masih bertuah kerana Maha Pencipta masih meminjamkan kepadanya bakat menulis yang agak luar biasa.

Siapa sangka, walaupun kudratnya tidak mampu untuk mengangkat hanya sebatang pen pun dan tidak mampu mengeluarkan sepatah perkataan dari bibirnya, namun Seri Bayu berjaya menghasilkan lirik terbarunya bergenre dangdut berjudul Muah..Muah Sheeda.

Biarpun dia kini tidak mempunyai sumber pendapatan, namun dia tidak mengharapkan sebarang bayaran apabila buat kali pertama menghasilkan lirik genre dangdut khas untuk penyanyi dangdut popular, Sheeda.

Menurut Sheeda, dia yang terkejut menerima lirik khas dibuat untuknya daripada pengirim misteri, tidak menyangka bahasa yang puitis itu dibuat oleh Seri Bayu tanpa meminta bayaran.
“Saya menerima lirik itu daripada seseorang yang dipanggil Ayah Man. Dia menyatakan lirik itu ditulis Seri Bayu dan tidak meminta bayaran langsung dan secara kebetulan saya juga sedang mencari lagu untuk album terbaru saya.
“Bila dibaca bait lirik itu, memang saya tidak menyangka betapa indah bahasa yang ditulis oleh Seri Bayu. Selepas itu tergerak hati saya untuk pergi dan berjumpa dengan Seri Bayu.

“Bila sampai di rumahnya, saya terkejut dan terus tersentuh melihat keadaan dirinya yang begitu daif terlantar tanpa siapa yang peduli hidupnya. Saya menitiskan air mata melihat keadaan itu.

“Apabila melihat keadaannya begitu, saya terus berkata kepadanya saya tidak akan mengambil lirik itu tanpa sebarang bayaran,” katanya yang ditemui, baru-baru ini. Hadir sama dalam pertemuan itu ialah Presiden Persatuan Karyawan, Datuk Freddie Fernandez.

Lantas timbul di hati kecilnya untuk melakukan sesuatu bagi membantu penderitaan yang ditanggung selama ini. Mungkin secara peribadi tidak terdaya untuk dia melakukan berseorangan dan perancangan diaturkan bersama Ayah Man untuk dibawakan usul itu kepada persatuan Karyawan.

Maka pada 30 Mei ini, lebih 20 artis akan berkumpul dalam menjayakan Konsert Dangdut Khas Dana Untuk Penulis Lirik Seri Bayu.

“Saya memilih dangdut kerana saya senang bekerja dengan artis sealiran dengan saya dan tidak menyangka juga ramai artis yang ingin turut serta. Kami juga mendapat kerjasama dengan persatuan penduduk Tanjung Karang, Selangor dan maka sebab itulah konsert ini diadakan di sana.

“Konsert yang akan berlangsung di Dataran Astaka Tanjung Karang bermula jam 8.45 malam akan disertai selain saya, Ewan, Zaleha Hamid, Herman Tino, Salwa Abd Rahman dan ramai lagi.

“Artis yang sudah membuat persetujuan untuk hadir seperti Tushee, Sara, Siti Fairuz, Hashima, Bella, Bienda, Sawiah, Halil Chik, Aris Abdul, Dior, Amir (Raja Lawak), Oney, Jojo, Mas Omar dan ramai lagi,” katanya yang akan mengedarkan tabung sepanjang program itu berlangsung bermula jam 5 petang dan masuk adalah percuma.

Sementara itu, bagi sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan secara peribadi boleh salurkan ke akaun Seri Bayu iaitu EON Bank 0166200019007 (Jamaludin Sulik) atau sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi pejabat Karyawan di talian 03-79552967.

Yours sincerely,DIOR 디요