There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

Thursday, June 18, 2009

Pertandingan Tenpin Boling anjuran Kementerian Belia dan Sukan

Pertandingan Tenpin Boling anjuran Kementerian Belia dan SukanPDFPrintE-mail
Written by Administrator
Friday, 05 June 2009 21:25
4 Jun 2009
5.30 Petang



Bertempat di Megalanes Endah Parade, satu Pertandingan Tenpin Boling anjuran Kementerian Belia dan Sukan telah berjaya diadakan dengan penyertaan kira-kira 80 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan Kementerian Belia dan Sukan yang turut menjemput Persatuan Karyawan Malaysia selaku pasukan jemputan.
Pertandingan bermula jam 5.30 petang itu berlangsung dengan suasana santai dan ramah mesra. Pasukan Karyawan dianggotai oleh Nadia AF, Stacy AF, Heliza AF, Radhi OAG, Candy AF, Freddie Fernandez, Dior, Hafiz Hanafiah, Firdaus dan Ahmad Abdullah.

Pertandingan ini turut disertai oleh YB Dato' Ahmad Shabery Bin Cheek Menteri, Belia dan Sukan dan beberapa pegawai atasan lainnya, telah memberi satu ruang kepada golongan artis remaja dari Persatuan Karyawan Malaysia beramah mesra dengan YB Menteri.
Ianya satu suasana yang dapat mengeratkan hubungan silaturrahim diantara artis muda Karyawan dan pihak Kementerian Belia dan Sukan serta ruang yang amat sesuai bagi YB menteri dan para artis muda ini berkongsi aspirasi masing-masing. Majlis ini diurus setia oleh Puteri Balqish, selaku Pegawai dan Perhubungan Awam Biro Karyawan Muda ini berakhir kira-kira jam 9.00 malam dengan acara makan malam bersama YB Menteri.

Last Updated on Monday, 15 June 2009 12:14

sumber: http://www.karyawan.com.my/
Post a Comment