There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

Sunday, February 22, 2009

Ujibakat AF7

Teks oleh Razif Rosdi



KUALA LUMPUR, 10 FEB 2009: Penutup uji bakat Akademi Fantasia 7 (AF7) yang dijalankan pada 7 hingga 8 Februari 2009 di Kompleks Sukan Bukit Jalil, di sini mencatat satu rekod baru apabila lebih 3,000 peserta datang untuk mengasah bakat dan menimba ilmu dari program realiti TV paling popular.
Walaupun sedar mereka perlu melalui 4 tapisan, keadaan itu tidak pernah melemahkan semangat peserta untuk mendaftar, berbaris, menunggu dan seterusnya berdepan dengan juri profesional.Apa yang menarik, uji bakat di Bukit Jalil tempoh hari turut menarik minat artis muda dan mereka yang pernah menyertai serta memenangi pertandingan nyanyian lain seperti Sinaran Pasport Kegemilangan, Gangstarz, Mystarz LG, Suara Jati dan One In A Million (OIAM).





Antara mereka ialah Nas Adila, Dior, Rahayudean Rahmat, Suria Akasia, Mimi Mystarz LG dan Abraham OIAM. Pun begitu, tidak semuanya berjaya kerana ada yang hanya sampai ke tahap 2 dan 3 sahaja. Ini bermakna juri bukan sahaja melihat vokal semata-mata sebaliknya faktor lain sebagai satu pakej.Sepanjang 2 hari uji bakat, Nurul (Ajai) dan Edry Hashim bertanggungjawab menjadi juri di peringkat kedua. Manakala Cikgu Shafi, Fatimah Abu Bakar dan Liza Ilias (Maestro Talent) menjadi juri peringkat ketiga pada hari pertama. Kemudian, aktres berbakat besar iaitu Ida Nerina dan Man Resume dari Maestro pula meneruskan penjurian pada hari kedua bersama Cikgu Shafi. Proses uji bakat juga dibantu oleh penyampai radio Era seperti Nana, Adli, Reza dan Burn.






Yang pasti, hari ini, 10 Februari 2009, satu sidang media akan diadakan di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, bagi mengumumkan siapa hos dan basrisan tenaga pengajar. Nantikan berita terkini di murai.com.my.


Post a Comment