There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

Monday, February 2, 2009

Mengenali Shahril Shaari / Dior


Mengenali Shahril Shaari / Dior

Mond Shahril Bin Shaari atau lebih dikenali dengan dua nama,iaitu Shahril Shaari atau Dior, merupakan pendatang baru dalam bidang seni suara tanahair. Single ‘Mengharap Sinar’ yang dicipta beliau bersama Khairafik yang berkonsepkan Java Pop Dance telah mula dimainkan di radio tempatan,malahan di Singapura sejak awal tahun ini. Dengan berkonsepkan Dangdut dan Tradisional,belia berumur 25 tahun ini sudah pun maju setapak lagi dengan menjadi salah seorang wakil irama itu dalam Biro Muda Karyawan yang ditubuhkan pada 25 Mac lalu.

Kerjaya beliau dalam industri Entertainment tanahair bermula sebagai penari pada tahun 2005. Selepas membuat persembahan di Vietnam& berlakon di dalam filem DIVA,beliau beralih pula kepada kerjaya pengurusan artis bersama seorang bintang reality TV terkenal. Dengan Semangat ingin memperluaskan bidang kerjaya nya, Dior mengambil keputusan untuk menubuhkan Syarikat Pengurusan Artis & Bakat yang dinamakan The Convolvulus Entertainment ,dimana Ejarn, Zhana, Affan, Ayu Mentor, Richado ,Hilmy Ashley & CPAC(Convolvulus Performing Arts & Culture) bernaung sekarang. Merasakan kurangnya artis pelapis Dangdut & Tradisional masakini, Dior Tampil menjadi Artis ,sebagai apa yang di idamkannya sejak kecil lagi ,selepas mendapatkan khidmat guru vokal Siti Hajar. Pengalaman belakang tabir dan penguasaan pentas digunakan sepenuhnya oleh anak muda ini,dan beliau gemar menampilkan kelainan dari segi persembahan bersama penari-penarinya.

Projek terbaru Shahril Shaari ialah untuk menerbitkan sendiri Album kompilasi lagu-lagu baru yang diberinama Start From Breakfast… yang merangkumi 14buah single terbaru yang datang dari artis-artis baru & juga yang dikenali. Bertujuan untuk membantu rakan-rakan artis yang tidak berpeluang memasarkan Single dan memangkin produk mereka, ia dilihat sebagai satu alternative bijak oleh anak muda ini. Dior juga menganggap Biro Artis Muda adalah satu platform bijak dari Karyawan untuk menyatu dan mengembangkan lagi kebolehan artis-artis muda dimasa ini.

PENCAPAIAN

Single

* Mengharap Sinar (Java Pop Dance)-2008



TV Program/Filem

* Filem‘DIVA’– Sebagai Penari
* Model (Juara Lagu TV3)Siti Sarah(2006) & Neiyl(2007)
* Model iklan TV

Persembahan

* ‘Taridra’ Kemuncak Persidangan UMNO-2005,2006&2007
* Tioman Fest 2006 (Impian Tioman)
* Promosi Malaysia Truly Asia di Vietnam
* Mengacara & sebagai Artis jemputan Secretaries Week bersama Khatijah Ibrahim
* LE Tour De Langkawi Road Tour 2007/2008
* Hari Kraf Kebangsaan 2008




Nama: Mohd Shahril Bin Shaari

Nama Pentas: Shahril Shaari /Dior

Tarikh Lahir: 29th September 1983

Tempat Lahir: HBKL

Bangsa: Melayu (campuran nyonya)

Adik-beradik: 5th of 6

Asal: Taman Maluri,Cheras,KL

Tinggi: 5'9

Berat: 69kg

Hobi: Menari,menyanyi,membaca majalah dan penggemar minuman kopi.

Kerjaya: Penyanyi,pengurus artis,penari,model,pelakon iklan komersial,composer,pengacara dan ahli perniagaan.

Makanan Kegemaran: Steak, Cendawan,Daging&Udang goreng rempah, buah Salak&Cantonese YeeMee.

Minuman Kegemaran: Kopi,Milo/ Hot Chocolate,Sparkling Grape Juice, Air Madu Panas.

Alamat Surat-Menyurat: The Convolvulus Entertainment(TCE)

No.26, Jln.BS 11/7, Tmn.Bkt.Serdang,Seksyen 11,43300,Seri Kembangan,Selangor.

Tel&Fax: +60 3 928 4403

E-mail: dior.ma.entertainment@gmail.com

Laman Sesawang: www.myspace.com/diorshah, www.youtube.com/shahdior
Post a Comment